“ Abang, kawan ajak teman jalan mall kejap, boleh tak, asar nanti saya balik ”

“ Abang, kawan ajak teman jalan mall kejap, boleh tak, asar nanti saya balik ”. Apa?! Asar..? !! 2-3 jam lagi tu… “ Takpe yang, pergi lah.. Abang izinkan. ”. Dan dari situ baru aku sedar yang..

Assalamualaikum min. Tolong hide profile bini aku min, dia tak tahu aku pinjam ni.. Ada nak kongsi sikit ni.
Isnin minggu lepas bini aku kena pegi kursus, kursus pertama dia lepas dpt kerja bulan 1 aritu.

Artikel Ini Dikemaskini Oleh Beritakopak.org Dan Sila Like FB Page Beritakopak Untuk Cerita Dan Berita Menarik!

Anak anak tak dapat hantar pengasuh, pengasuh kena s4kit mata satu keluarga.. peh, time ni la nak s3kit.. aku cuak dah sebab takut tak terhandle jaga dua orang hero tu.. anak ktorg boboiboy kuasa dua. Dua dua tengah melasak.

” Abang boleh jaga tak ni? Betul boleh ni?”. Soalan ni dekat 44 kali dia soal aku sblm tido.. Aku nak jaga air muka, aku jawab ” boleh yang. Awak gi sekejap je kan.. jgn risau lah”. Keesokan harinya, bermula la penderit4an aku, haha.. bini aku keluar rumah seawal pkul 7 lebih.

Time tu jugaklah anak aku 8 bulan tu bangun.. dia ni manja mama nya, aku sampai tak tahu nak pujuk camna dah dia tanak susu botol min, aku takde susu original tu..


Gambar Sekadar Hiasan

Nasib baik dia nak minum pakai cawan. Baru nak rest, anak sulong bangun lagi haru.. Habis sepah ruang tamu.. lagi aku tegur lagi dia buat, bila dia tumpahkan bedak besepai depan tv min,aku give up.. rasa nak call bini time tu min, aku perlukan ” sayap kanan ” ku.. tengok jam baru pukul 10 pagi ! Jatuhla air muka aku baru pukul 10 pagi dah call.. tidak!

Aku tak pasti la budak budak ni saja nak uji papa ke, protes mama tak bawak sekali ke. Adoi, garu kepala aku min, camnelah bini aku hadap mende ni setiap pagi, setiap hari.. Paling sadis aku tak sempat pun nak breakfeast, terkejar kejar settle dua boboiboy tu..

Pukul 2 petang min, baru aku dapat mandi lepas anak tido. Tu pun mandi kerbau jek. takde mood aku nak mandi haha. Dahla kebulur tak makan ape pon lagi, nasib baiklah bini aku dah masakkan.. Tinggal nak panas lauk je.. siap masak nasik, aku cek!k macam seminggu tak makan, nasik seperiuk tu aku habiskan.

Tengok fon, bini whatsapp ..

” abang, kawan ni ajak teman jalan mall kejap, boleh tak.. asar nanti sy balik “

Apa ?! Asar..?!! 2-3 jam lagi tu…” takpe yang, pergi lah.. Abang izinkan “ ego sorang suami, padahal dah pat4h sebelah sayap ni..

Tiba tiba perut aku memul4s pulak.. ni mesti kes makan lambat, angin masuk. Aku baru nak memerut.. dua2 tu bangun dah, adoi..ketuk ketuk pintu toilet, yang kecik meraung mcm nk gegar rumah.. takleh jadi ni, aku tahan min, masukkan balik, jap lagi aku lepaskan semula..


Gambar Sekadar Hiasan

Tengah pujuk anak, teringat baju dlm mesin tak jemur lagi! Pkul 4 dah masa tu, aku gi jemur sambil dukung yang kecik.. abangnya paut betis aku min, mintak biskut.. kenapa bang kau mintak biskut time ni..

Aku tak habis habis tengok jam min, bila nak asar ni.. bini aku pon takde call, tak nak balik lagi ke? Aku dah separuh ny4wa ni..

Anak aku yang kecik tu dduk dalam walker depan pintu.. Agaknya tunggu mama dia, sedih pulak aku tengok..
Bila bini aku muncul depan pintu min, anak2 berlari peluk dia.. masa tu aku rasa nak ikut join lari peluk mama. Dan sorak..

” yeyyy mama dah balikkkk “. Hilang penat aku tengok bini balik min, lega.. bolehla aku rest kejap.. tapi tak sempat rest bini dah soal mcam2..

Kenapa rumah sepah ( padahal 10kali dah aku kemaskan mainan budak ni )
Kenapa baju anak kotor ( baju baru tukar la mama )
Kenapa adik nangis ( dah dia nak susu mama! )
Kenapa kenapa.. adoi, aku malas nak jawab, penat dah.. mood pn tak dek nak layan.

Malam tu anak anak dah tido, bini aku pic!tkan bahu. Aku tak suruh pon min, tapi bukan pic!t free.. sekali dengan ceramah free aku dapat..

” penat kan bang, uruskan rumah dan ank anak ? Walaupun abang tak cakap, saya blh nmpk abang penat. Apepon, terima kasih bang utk semuanya yg abg buat hari ni “

Simple, tapi menusukkkkk menik4m kalbu !
Selama 4 tahun kawen ni, aku selalu lupa nak berterima kasih dengan bini..
Aku ingat dia dduk rumah semuanya okey..
Jaga anak sendiri.. ok
Mengemas, memasak.. ok
Memang dia rajin mengadu penat, stress, tak cukup rehat..


Gambar Sekadar Hiasan

Tapi aku buat biasa je min, sebab orang lain pn suri rumah jugak, lagi ramai anak.. takde yang m4ti pon..
Rupanya aku silap, silap besar min!

Suri rumah la kerja paling teruk aku pernah buat, penat dia double.. kalau gi kerja penat jugak, hadap muka ketat bos, kerja bertimbun, balik jem..

Sekurang kurangnya aku boleh makan dengan tenang.. memerut pn tenang takde orang nak ketuk ketuk pintu, masa solat tak dek yang panj4t belakang..

Satu hari je min, Allah tegur aku..r upanya selama ni aku berlaku z4lim dengan isteri..

Aku bukan jenis makan luar min, aku tak pernah cur4ng dr awal brcinta lg, bini aku tu satu satunya perempuan aku kenal n cinta.. Aku tak pernah tengk!ng, pukuul dia min, sayang nak m4ti.

Tanggungjawab zahir batin aku bagi cukup. Cuma aku kurang melayan dia punya luahan, aduan tiap hari, membebel benda yg sama tiap hari.. aku buat buat dengar je la..


Gambar Sekadar Hiasan

Korang yg bernama laki@suami, ko jangan ingat ko la paling penat.. tu kat rumah tu double penat wey, kalau bini ko keje, lagi zalimlah ko dr firaun kalau kau tak reti tolong bini kat rumah. Firaun bg istana utk bini tinggal, ko bg rumah nak roboh pn malas tolong bini. Aku nak taubat dah ni.. haha

Jom sayang bini masing masing, sayang bini orang tu ner4ka kirim salam!

Apa Pendapat Anda?

Silakan SHARE Dan Semoga Bermanfaat

Sumber : KRT / Dikemaskini Oleh Berita Kopak