” Allah bagi ujian anak ibu tak cerdik, tapi ibu bangga dengan abang.. “

” Allah bagi ujian anak ibu tak cerdik, tapi ibu bangga abang boleh berdikari umur 12 tahun. Tak semua anak nak. Tak semua ibu tabah. Allah… Doakan anak ini terus istiqamah menjaga Agama Mu…”.

Namanya MUHAMMAD ILHAM Dan berumur 11 TAHUN…

Tuhan uji anak ini kategori sederhana. Kelas pun second last. Usaha ibu ayah hantar tusyen sama dengan kakak. Semua sama. XDE beza. Cuma yg beza adalah penerimaan ibu dan dia.


Gambar Kredit : FB Ainizan Abdul Talib

4 tahun baru ibu redha rezeki abang bukan dalam akedemik. Setiap kali tgk result buat ibu macam mata pontianak harum sundal malam.

Tengah tahun hari tu, masa jumpa tgk report card. Hati kau sebagai ibu berkecai. Memang result itu setiap kali dapat selepas exam. Menangis jumpa cikgu dekat setengah jam.
“camne saya nk buat anak saya ni cikgu”.

Aku yg paling lama jumpa cikgu, sebab xde ibubapa pun selepas aku. Ibubapa juga double standart kan ank2… Mgkin dorang dah redho. Baik x payah gi, result sama!. Aku x bole! Anak aku. Takkan aku nk biarkan ank aku macam tu. “Saya sehabis dah buat yg terbaik Apa yg kakak dia dapat, dia dapat. “apa saya nak buat lagi cikgu”. “cikgu, boleh ke saya bawa dia keluar kat tahfiz, sekurangnya dia dapat 1 thn ni dari dia x dapat ape2.


Gambar Kredit : FB Ainizan Abdul Talib

Bermula situ, cari sekolah yg terbaik. Tanya kawan, tanya akak. Last akak cakap, ko cari assofa.
Start buat research sikit dan terus cal assofa. Bulan 9 ada interview. Isi borang online dan send. Setiap hari berdoa ” kau bagilah laluan ank aku sekolah tahfiz terbaik. X pernah lekang setiap kali berdoa.

Tapi alhamdulillah. Laluan dia sangat mudah. Sesi intervw pun diterima. Ada juga murid yg x diterima. Tapi dah tertulis rezeki dia diterima di assofa. Hari ini… Dada ibu sebak, sesak, ibu dah tahan dari tadi. Tapi hari ni ibu tumpah juga. Tumpah juga airmata ibu.


Gambar Kredit : FB Ainizan Abdul Talib

Sepanjang perjalanan balik dari seremban ke kajang, airmata xhenti nk mengalir. Ibu pun sama, ayah pun sama. Sama2 naik tocang. Nasib tudung ibu membantu lap airmata dan hingus yg tumpah. Bukan nk pomote, tapi meterial tudung ni penyelamat sebagai tisu. Tisu xde….

Allah bg ujian anak ibu x cerdik, tapi ibu bangga abg boleh berdikari umur 12 tahun. Tak semua anak nak. Tak semua ibu tabah. Allah… Doakan anak ini terus istiqamah menjaga agama mu. Jadikan dia anak yg soleh yg boleh membawa ayah dan ibu ke syurga. Jadikan dia anak yg membantu seluruh keluargaku ke syurga.


Gambar Kredit : FB Ainizan Abdul Talib

1/1/2018
Tahfiz Rendah Assofa Seremban.
Ibu dan ayah.
Zulkipli dan ainizan

Perkongsian dari FB Ainizan Abdul Talip

Silakan Share Dan Semoga Bermanfaat

Sumber : FB Ainizan Abdul Talib