Di Sebalik Perkahwinan Gadis Berusia 11 Tahun Ini, Ada Kisah Sedih Yang Sangat Menyay4t Hati !!

Di Sebalik Perkahwinan Gadis Berusia 11 Tahun Ini, Ada Kisah Sedih Yang Sangat Menyay4t Hati !!

Josie hanya gadis kecil dengan sebuah impian yang tidak mungkin terkabul. Gadis berumur 11 tahun itu tidak akan boleh berkahwin dengan didampingi oleh seorang ayah.

Jim Zetz, ayah Josie yang berusia 62 tahun, didiagnos!s doktor dengan k4nser pankreas dan sudah memasuki tahap 4. Josie menyedari, bahawa Jim sedang menunggu untuk dijemput tuhan.

Seorang fotografer kemudian berusaha untuk menyelamatkan impian Josie. Dia membuatkan sebuah majlis perkahwinan kecil, tepat sehari setelah hari ulang tahun Josie. Fotografer yang bernama Lindsey Villatoro tersebut menyiapkan semua kelengkapan majlis dengan sempurna. Gaun, bunga,hiasan, dekorasi, katering hingga paderi disediakan untuk majlis perkahwinan awal itu.


Jim Zetz dan Josie

Hanya dalam masa tiga hari saja, perkahwinan tersebut telah siap. Josie sama sekali tidak menyedari kejutan apa yang telah disiapkan untuknya. Ketika akhirnya dia diberitahu bahawa dia memiliki kesempatan untuk dihantarkan oleh ayahnya untuk menuju altar perkahwinan, pada awalnya Josie merasa sangat panik dan juga gugup.

Tapi Villatoro meyakinkan bahawa itu akan sangat bermakna untuk Jim. Maka di hari yang telah ditentukan, Josie akhirnya keluar dengan memakai gaun putih yang berenda dan sekalung bunga.

Tangan kirinya terus dipegang erat oleh Jim. Pada saat mereka telah sampai di hadapan seorang paderi, Josie tidak mampu untuk menahan tangisnya.

Pendeta Gary Galbraith yang merasmikan upacara perkahwinan mengatakan pada josie ‘Ayahmu mungkin tidak dapat melihatmu ketika kamu berkahwin kelak. Namun dia di sini, mengantarmu untuk menyusuri lorong menuju altar hari ini.

Ayah dan anak merupakan hubungan yang paling istimewa dalam hidup’. Kata-kata sang paderi membuat suasana jadi makin mengharukan.


Jim Zetz memeluk erat Josie

Jim kemudian memberikan sebuah cincin untuk Josie, dan setelah itu airmata pun tertumpah di dalam pelukannya. Adegan demi adegan tersebut terakam jelas oleh kamera Villatoro. Dia terus megambil foto semua adegan berkali-kali, juga menjadikannya sebagai video rakaman.

Majlis mini itu kemudian diberinya tajuk ‘Walk Me Down the Aisle Daddy’. Ramai orang terharu apabila melihat video tersebut.

Villatoro kemudian merakamnya, agar Josie dapat menyaksikan video tersebut nanti di hari perkahwinannya. Dengan demikian, dia boleh merasakan ayahnya tetap berada di sampingnya.

Meskipun menangis teresak-esak, Josie menyatakan bahawa momen ‘perkahwinan’ tersebut sebagai hari terbaik sepanjang hidupnya.

Sebagaimana dipetik dari laman Today, Jim juga nampak bahagia mempunyai kesempatan untuk menghantar puterinya menuju ke altar. Saat diwawancarai The Press-Enterprise pada hari berlansungsungnya peristiwa tersebut di lokasi, Jim mengatakan bahawa ini akan memberi penuh makna bagi anaknya. Anak yang akan selalu mengingatnya.

Kisah sedih perkahwinan gadis 11 tahun ini dapat dilakukan atas usaha Villatoro. Dia adalah seorang pemilik Love Song Photography. Sejak tahun yang lalu, saat Jim didiagnos!s doktor mengidap k4nser yang parah, dia menjadi seorang fotografer yang selalu mengabadikan momen-momen yang indah dalam hidup lelaki tersebut ketika masih hidup.

Sebagai seorang fotografer yang berlokasi di California, Villatoro mengkhususkan diri untuk merakam memori orang-orang yang mengidap penyakit kronik. Tujuannya adalah untuk mengabadikan kenangan dengan orang tercinta.

Sebagai seorang ibu yang memiliki tiga anak, Villatoro merasa tersentuh melihat Josie. Dia menyedari bahawa gadis tersebut akan kehilangan ayahnya dalam usia yang sangat muda.

Dia lantas berfikir untuk boleh melakukan sesuatu yang sangat istimewa. Dia mengatakan bahawa dirinya membayangkan Josie ketika perkahwinannya pada 20 tahun lagi dan muncullah idea tersebut.

Dia juga merasa bangga kerana mendapat kesempatan untuk menyelenggarakan momen yang indah untuk Jim dan Josie. Villatoro menyatakan bahawa ini merupakan momen istimewa yang mesti diraikan pada ketika anggota keluarga masih ada di sini. Dan mereka mesti menikmati kebahagiaan momen tersebut bersama-sama.

Untuk anda yang ingin melihat video kisah sedih perkahwinan gadis 11 tahun ini dalam bentuk video, anda boleh menyaksikannya dengan menonton video di bawah ini.

Terima kasih kerana membaca kisah ini.

Silakan Share….

Sumber : fanind.com