” Jika dia kata saya cantik walau sekali, saya akan berhenti melakukan pembedah4n tersebut.. “

” Jika dia kata saya cantik walau sekali, saya akan berhenti melakukan pembedah4n tersebut.. ” – Wanita ini sanggup buat pembedah4n plastik sebanyak 30 kali untuk puaskan hati teman lelakinya

Hanya kerana mahu menarik perhatian dan memuaskan hati teman lelakinya, seorang wanita sanggup menjalani pembedah4n plastik sebanyak 30 kali.

Berry Ng, 22, berasal dari Hong Kong memberitahu bahawa dia pertama kali menjalani pembedah4n plastik pada usia 17 tahun kerana ingin kelihatan seperti model dari barat. Namun kini, dia menyesali semua keputusan yang diambilnya.

Berry mendakwa dia mula mengalami ketag!han untuk melakukan pembedah4n plastik apabila melihat sebuah pusat kesihatan menawarkan pakeJ berpatutan untuk pelajar pada harga HKD 799 (RM 415) untuk tiga sunt!kan mendapatkan wajah yang cantik.

Pusat kecantikkan tersebut bagaimanapun menawarkannya pakej lanjut yang lebih mahal harganya HKD 17,000 (RM 8858). Berry ternyata berpuas hati dengan pelaburan yang dibuat apabila mendapati wajahnya bertambah cantik lalu membuat keputusan untuk mendapatkan lebih banyak rawatan sebelum mendapati dirinya sudah ketag!h dengan pembedah4n plastik.

Keadaan bertambah parah apabila dia mula terlibat dalam hubungan percintaan pada usia 20 tahun dengan seorang lelaki yang lebih berusia daripadanya. Teman lelakinya itu seringkali mengherdik rupa parasnya dan membanding-bandingkan dengan wanita lain.

Demi menarik perhatian teman lelakinya, Berry kemudian nekad untuk kembali menjalankan pembedah4n plastik dalam tempoh enam bulan, jangka masa sama dimana majoriti pembedah4n daripada 30 pembedah4n plastik dijalankan.

Antara prosedur pembedah4n yang terlibat adalah pembedah4n pada kelopak mata dan pembetulan hidung. Malah turut menerima sunt!kan pada bahagian dahi bagi mendapatkan bentuk yang lebih bulat, bibir, pipi dan dagu.

”Jika dia (teman lelaki) berkata ‘kamu cantik’ walau sekali, saya akan berhenti melakukan pembedah4n tersebut,” kata Berry kepada media.

Bertambah rumit, teman lelakinya juga turut mengkitik saiz payudar@nya yang dikatakan terlalu kecil hingga menyebabkan Berry berasa tertekan lalu mengambil keputusan untuk melakukan pembedah4n sekali lagi bagi memuaskan hati teman lelakinya.

Ketika dia dalam proses pemulihan daripada pembedah4n terakhir yang dilakukan, saat itulah dia mula mendapat kesedaran diri apabila melihat ibunya sedih dengan ketag!han yang dialaminya.

”Kamu memang sedia cantik sejak sebelum semua pembedah4n yang kamu lakukan ini”, kata ibunya.


Berry dan ibunya

Berry akhirnya nekad untuk memutuskan hubungan tersebut yang disifatkaN sebagai ‘toksik’ dan kini giat menjalankan kempen menentang pembedah4n plastik melalui platform Youtube.

Berapa gadis dan wanita turut memberi respon terhadap kempennya itu dengan ada yang mendakwa bahawa pasangan dan suami masing-masing seringkali tidak berpuas hati dengan penampilan mereka hingga memaksa untuk menjalani pembedah4n plastik bagi memuaskan hati pasangan masing-masing.

”Sebenarnya, lelaki banyak mempengaruhi wanita. Banyak daripada mereka (wanita) seringkali berbicara hal seperti ‘teman lelaki saya memberitahu bahawa hidung saya tidak mancung’ atau ‘wajah saya terlalu besar’. Sebahagian besar tertekan dan bertindak seperti saya.

”Sebab itulah saya menjalankan kempen ini bagi berkongsi pengalaman saya,” kata Berry lagi.

Katanya, dia menyesali semua keputusan yang dibuat sebelum ini dan berharap dia mampu berpatah balik dan mendapatkan kembali wajah lamanya. Dia kini nekad untuk tidak lagi sama sekali melakukan pembedah4n serupa pada masa depan.

Silakan SHARE…

Sumber : Oddity Central News via Siakap Keli