Penampilan Terkini Isteri Khairul Fahmi Che Mat Yang Semakin Anggun Dan Jelita Walaupun Sudah Beranak Tiga !!

Penampilan Terkini Isteri Khairul Fahmi Che Mat Yang Semakin Anggun Dan Jelita Walaupun Sudah Beranak Tiga !!

Agak lama tak dengar cerita tentang pasangan romantis ini. Masih teringat lagi betapa hangatnya kisah cinta mereka lebih enam tahun lalu ketika masing-masing berada di puncak kerjaya. Leuniey waktu itu bukan saja sukses dalam bisnes andaman malah aktif sebagai model sambilan.

Tidak kurang juga Khairul Fahmi Che Mat yang merupakan nama besar dalam arena bola sepak negara iaitu selaku penjaga gol pasukan kebangsaan.

Kini, setelah hampir tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan, isteri Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek ini tetap cantik dan menawan. Tambahan pula, sejak dia mengenakan hijab. Memang terserlah keayuan gadis Melayu!

Sudah sebati dengan dunia perniagaan, ibu muda ini masih bergelar usahawan dengan menguruskan bisnes tudungnya, Leuniey Natasha Hijab di samping menceburi kerjaya jurusolek.

Mendirikan rumah tangga pada 28 Disember 2012, pasangan ini baru sahaja menyambut kelahiran anak ketiga mereka pada Jun yang lalu. Terdahulu, mereka dikurniakan Kayla Elayna yang kini berusia 4 tahun dan Khaleel Emir berumur 3 tahun.

Sapa tau ni lagu ni cerita apa???

A post shared by LeunieyNatashaOfficial (@leunieynatshax) on

Cantik kan ?

Silakan SHARE..

Sumber: Instagram Leuniey Natasha Official via Nona.My