Wanita Ini Kongsi Ikhtiar Hamil Selama 4 Tahun. Alhamdulillah Akhirnya Disahkan Hamil..

Wanita Ini Kongsi Ikhtiar Hamil Selama 4 Tahun. Alhamdulillah Akhirnya Disahkan Hamil..

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan untuk memiliki zuriat sendiri. Ada yang dikurniakan rezeki dapat anak awal, ada juga yang sudah berusaha pelbagai cara tetapi masih belum berjaya mendapatkan anak.

Yang penting jangan putus asa dan bersangka baik dengan Allah. Baca perkongsian wanita ini mengenai ikhtiarnya untuk hamil selama 4 tahun akhirnya disahkan hamil.

IKHTIAR HAMIL 4 TAHUN !

Sy nak share sy dan suami ikhtiar, dah 4 tahun menanti tapi tak ada rezeki. Mungkin tak bersungguh, selalu juga cek waktu subur dan bersama tapi masih takde rezeki. Macam2 jugak saya amalkan , jamu , berubat sana sini akhir sekali saya sendiri dah berputus asa dgn perubatan modern dan buat ikhtiar cara BERSIH tanpa ubatan2 .

Sy berhenti semua jamu. Ini ikhtiar yang sama amalkan 2 bulan berturut2 , mungkin boleh jadi semangat kpd bakal2 ibu bapa , kita usaha ye ? Salam semua usaha kita , tak tahu yang mana Allah izinkan.. jadi teruskan berusaha

1. Download app period tracker

Setiap bulan tengok period regular ke tak, alhamdullilah period sy dlm keadaan baik , ada sengugut yg teruk jugak tapi cek dktor tkde apa2 masalah cuma mungkin belum rezeki. Bila kita catat period kita kat app ni , app ni akan bgtau peluang2 LOW , MEDIUM , HIGH CHANCE untuk pregnant , kita boleh guna sebagai panduan.

2. Bersama setiap hari

Hasil dari bacaan2, akhir sy nekad utk ajak suami ” bersama ” setiap hari selama 21-25 hari. Dari hari pertama habis period sampai tarikh sebelum period semula . Saya pandu kan app yg saya download gak , bermula dari LOW sampai HIGH dan stop bila graf dah low semula.

Dari buat kerana nafsu dah jadi tak bernafsu dah. Kadang suami dah tidur pun saya gerak utk ” bersama “. Bukan sebab nafsu tapi ikhtiar untuk dapatkan zuriat.

Sewaktu high CHANCE cuba bersama 2kali sehari. Mengantok pun buat jugak. Selepas bersama saya tak terus bangun basuh utk elakkan sperm keluar. Kerjasama suami amatlah di perlukan. Tak mudah ye nk bersama setiap hari tambahan kami dua2 berkerja.

3. Berurut

Panggil bidan untuk urut satu badan, setiap 1 bulan sekali.

4. Makan kiwi

Saya amalkan makan kiwi setiap hari untuk kesuburan. Tidak makan jamu apa2. Hanya kiwi, tak minum air gas dan kafein, tak minum ais.

Selepas 4 tahun, 2 bulan saya amalkan cara2 ni, bulan berikut nye period sy lewat 3 hari , terlalu excited terus cek pregnant test . Double line merah pekat. Tapi tak percaya, rahsia kan dari suami, beli yg digital test pregnant clear blue tulis 2-3 week. baru berani tunjuk kpd suami.

Tapi suami tak percaya juga. kami dah 4 tahun menanti. Suami cakap tunggu 1 – 2 mggu lagi takut period turun. Jangan berharap kata nye.

Alhamdullilah sekarang sy dah selamat lahirkan puteri kami, 30.4.2017. Sekadar perkongsian kpd yg ikhtiar. Semua terjadi atas izin Allah. Maaf kalau cerita sensitif, hanya ingin berkongsi sebab yg tidak mempunyai anak je faham bagaimana menanti setiap bulan. Terima Kasih.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pasangan-pasangan di luar sana yang masih belum mempunyai cahaya mata.

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : Info Ibu Hamil by Berita Kopak