Wanita Ini Kongsi Cara MUDAH & BERKESAN untuk atasi masalah TAHI CICAK di ruang tepi tingkap…

Wanita Ini Kongsi Cara MUDAH & BERKESAN untuk atasi masalah TAHI CICAK di ruang tepi tingkap…

Masalah tahi cicak adalah perkara biasa yang dialami di rumah-rumah. Yang lebih menyakitkan hati kalau terpijak tahi cicak itu di atas lantai, memang boleh mendatangkan kemar@han.

Selain di atas lantai, tahi cicak juga sering dijumpai di bahagian yang tersorok seperti di belakang almari, rak dan juga di tepi tingkap.

Di bawah adalah tips ini dikongsikan oleh Saudari Muna Binti Mohamad di akaun Facebooknya. Perkongsian ini telah menjadi viral dan telah mendapat banyak “SHARE”.

Selalu tak alami masalah taik cicak kot tepi tepi tingkap rumah?

Kat studio ni sebab tak duduk jadi memang selalu ada taik cicak banyak juga. Sebelum kelas mesti kena cuci dulu. Tak larat oih nak sental dengan berus sebab kadang kadang jadi keras kerana seminggu sekali barulah ke sana.

Jadi sejak 3 minggu amalkan petua ni sekarang takda sangat dah taik cicak kat tingkap. Bolehlah kalian amalkan.

1/3 cuka makan
1/3 air
1/3 cecair basuh pinggan (guna yang murah pun takpa)

Spray di kawasan tersebut. Mujarab juga jika spray di kawasan yang banyak semut suka melata.

Jangan kau spray kat mulut laser si jemah tu sudah. Kakak tak tanggung akibatnya!

Terima kasih Saudari Muna atas perkongsian yang berguna ini. Semoga memberi manfaat kepada orang lain. Anda yang menghadapi masalah ini, boleh lah mencuba tips yang dikongsikan.

Silakan SHARE, Semoga bermanfaat..

Sumber : FB Muna Binti Mohammad