Petua Buang JERAGAT Yang SANGAT BERKESAN Hanya Dengan Kuib Masker Kentang DIY

Petua Buang JERAGAT Yang SANGAT BERKESAN Hanya Dengan Kuib Masker Kentang DIY. Kulit Muka Jadi Licin Dan FLAWLESS. Selamat Mencuba !!

Kali ini gunakan perawatan alami kiub masker kentang DIY buat sendiri di rumah untuk buang jeragat dengan pantas dan mudah. Kuib masker kentang ini terdiri dari 2 bahan saja, iaitu kentang dan lemon.

Kenapa kentang? Sebab kentang ini sangat tinggi antioksida untuk menyingkirkan jeragat. Kentang juga mampu menghalang terjadinya pigmentasi seperti melasma, bulatan hitan (dark circles), hyper dan hypo pigmentasi.

Bila dicampur pula dengan lemon, lagi meletup-letup kesannya. Lemon itu sendiri amat berkesan untuk merawat tompokan jeragat. Jus lemon mempunyai ciri pencerahan kulit yang baik yang akan bertindak sebagai peluntur kepada bintik-bintik jeragat.

Ini antara perkongsian petua menghilangkan jeragat daripada Esyima Zamri dengan menghasilkan kuib masker kentang secara DIY. Tak perlu susah-susah sebab boleh buat sendiri di rumah.

Bahan DIY Kiub Masker Kentang

1 biji Kentang – belah kecil
Lemon
Bekas kiub ais

Step By Step Membuat Kuib Masker Kentang Super Best

Bersihkan kentang. Kalau tak nak buang kulit, pastikan anda cuci sampai betul-betul bersih. Kisar kentang tadi sampai halus.

Hasil kentang kisar tadi masukkan ke dalam mangkuk dan perahkan 1/2 jus lemon. Kacau sebati.


Masukkan ke dalam bekas kiub ais dan simpan dalam peti beku.

Keluarkan jika sebaik anda mahu menggunakannya. Baca aturan penggunaan di bawah.

Cara Pakai Kiub Masker Kentang Di Muka

1, Bersihkan dulu wajah agar masker boleh bertindak dengan lebih efektif dan tiada kotoran terhalang semasa kiub masker kentang menjalankan kerjanya.

2. Keluarkan dari peti beku, ambil seketul kiub masker kentang dan sapu pada keseluruhan wajah terutama yang banyak jeragat. Sapu sampai kiub itu mencair.

3. Hati-hati jangan terlalu kuat menyapu di bahagian sensitif seperti bibir dan mata.
4. Kemudian, bilaslah dengan air bersih.

5. Boleh dipakai secara harian. Lebihan kiub masker kentang tadi boleh disimpan semula dalam peti beku.

Lihat video ini :

Posted by Esyima Zamri on Sunday, October 15, 2017

Kenapa Jeragat Terjadi

1) Hormon di dalam badan tidak stabil, terlalu terdedah pada cahaya matahari

2) Kekurangan vitamin dalam badan disebabkan proses mengandung dan penyusuan.

3) Penggunaan komestik yang tinggi bahan kimia juga menyebabkan terjadi jeragat

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat…

Sumber/Foto/Video : Facebook Esyima Zamri via Mingguan Wanita