” Aku sendiri tak ingat bila last muka aku FLAWLESS macam telur baru kupas tu. Start je keja, muka aku BREAKOUTS teruk.. “

” Aku sendiri tak ingat bila last muka aku FLAWLESS macam telur baru kupas tu. Start je keja, muka aku BREAKOUTS teruk.. ” – Gadis Ini Kongsi Rahsia Kulit nya Berubah ‘Flawless’

(Gambar Sekadar Hiasan)

Salam. Tajuk tak nak kalah haha. Nak jugak acah acah the vocket kat sini hahahahah.

Aku terpanggil nak share pasal jerawat bila baca confession Mrs Jerry. Ms Jerry, you are not alone. Kulit aku ni, ape je jenis jerawat yang tak pernah naik. Dari sekecik kecik ruam sampai sebesar besar cystic acne tu. Semua aku dah merasa (dan still merasa). Aku sendiri tak ingat bila last muka aku floles macam telur baru kupas tu. Darjah 6 start naik jerawat dan berterusan sampai sekarang. Oh, lupa, umur dalam 20 an gitu. Kira lebih 10 tahun gak la aku berperang dengan jerawat ni.

Aku memang sejenis yang jaga rutin aku since jerawat ni naik kat muka. Ape je produk tak pernah pakai? Masa sekolah guna yang termampu je la. Okay la boleh kontrol sikit sikit. Masuk hostel memang terus jadi teruk. Masa aku final year kat u, dah jadi okay sikit. Berkat jaga betul betul. Haha.

Tapi, start je keja, breakouts teruk nak mampus. Sebab keja aku ni stress jugak. Tido tak cukup. Mula mula naik sikitje pastu makin lama makin banyak pulak. Lagi la stress. So, aku start buat some researches, and do some readings. Sebab jerawat time ni bukan sebab akil baligh lagi dah hahahaha.

Apa yang aku baca dari semua professional bloggers dan websites ialah:

1) Kena faham jenis kulit. Kulit tak berminyak tak semestinya berjerawat. Berminyak pun belum tentu berjerawat. So kena tahu dalam kategori apa. Rasanya ramai tak tahu, ada satu kategori ni, oily but dehydrated. Haaa… slalu orang ingat oily je mesti kulit tu lembab kan? Aha! Belum tentu!

2) Oily skin pun WAJIB pakai moisturizer. Sebab? Kulit kita ni keluarkan sebum tu based on keadaan kulit. Kalau kulit berminyak gile, means kulit tu tak cukup lembab so dia bagi signal untuk keluarkan laaaagi banyak oil utk lembabkan kulit. Haaaa.. so, oily ke, normal ke, dry ke, memang kena pakai pelembab! Utk oily, boleh cari yg sesuai utk oily Skin.

3) Pilih cleanser yang bagus. Cleanser yg bagus ni pH dia rendah skit. Between 4-6 ke.Means, acidic. Sebab? Kulit kita ada lapisan asid yg ‘jaga’ kulit kita dari bakteria. Bakteria P.acne yg sebabkan jerawat tu sangat cepat membiak kalau pH kulit terjejas yakni melebihi pH 6.

Most cleansers, tak kira brand murah atau high end, pH tinggi sangat! Ade yg sampai 9! Haaa macam mana nak tau? Ade satu spesies homosapiens ni dia dah bina satu google doc untuk orang yang test pH cleanser diorang dan isi kat situ untuk rujukan semua orang. Boleh tanya pakcik Google.

4) Minum air kosong banyak banyak. Sebab? Air kosong ni boleh flush out toxin dalam badan tu. Kalau terlalu banyak, sometimes kulit akan tolong detoks dengan keluarkan jerawat. Memang Merana ahh jawabnya.

5) Kurangkan pengambilan gula. Gula ni, memang sedap kat mulut,tapi masuk dalam perut je terus bertukar fitrah. Hahaha. Acidic terus badan engko. Sepatutnya badan kita ni beralkali (except for certain organs). Pastu efeknya kat kulit. Sedap sementara je semua tu. Sebab tu orang cakap seperti menanam tebu di tepi bibir hahaha. Tetibe.

6) Kurangkan makan ayam bandar. Yang cocok tang situ, cocok tang sini. Kawan aku pernah tanya dr, dr pun suruh pantang kejap. Alhamdulillah makin okay kulit dia. .

7) Kalau time kecik kecik mak slalu acah acah “haaa..buangla sayur, nanti kulit naik jerawat baru tau “, percayalah semua tu benerrr sama sekali. Jaga makan. sayur dan buah banyak sangat vitamin dan segala nutrien yang diperlukan untuk kulit. And if engko ni overweight, lemak dalam badan tinggi, toksin pun tinggi. Sebab ape? Sebab lemak pun akan simpankan toksin. Negativity attracts negativity right? gitchew. So, eat right and eat healthy!

8) Masalah hormon. Ade kawan aku bagitau nak tau hormone imbalance ke tak, check bebulus kat muka. Lagi lagi kat dagu. Kalau kau nampk seketul dua bulus yg tebal cam janggut tu, besar kemungkinan kau ade masalah hormon tak balance. Nak lagi tepat, buat check up kat klinik okay. Aku pernah dengar dalam tv yang masalah hormon ni boleh diatasi melalui pemakanan (again!).

Aku tak ingat la pulak hormon apa yg sepatutnya lebih dan sepatutnya kurang. Androgen ke ape entah, kena kurang dalam badan perempuan. And dr tu ade bagitau brokoli bagus untuk masalah ni.and banyak lagi lah. Boleh cari nanti okay. Lagi satu, kalau masalah hormon ni, akan bersepah la cystic acne kat muka (jerawat yg besar beaar naik kat dalam kulit sakit nak mampus woi!).

9) Pakai pakai dan pakai sumblock! Dulu dulu ye la pukul 11 pagi pun boleh serap vitamin D lagi. Sekarang ni engko serap segala mak nenek UV je la. Bahaya weh bahaya. Kulit nak pakai lama. UV tu boleh trigger segala benda kejahatan seperti jerawat sampai la kanser. Banyak dah sunblock yg dicipta untuk oily skin so again, rajin rajin search okay. Pi baca apa beza SPF dengan PA. pastu kena rajin reapply. Hokay?

10) Kena tabahkan hati masa nak invest duit. Yang ni paling penting. Even engko nak guna produk homemade pun, barang mesti la kena beli kan? So bertabahlah. Macam aku, aku survey dulu produk apa yang bagus. Baca berpuluh puluh review especially dari orang yang duduk dekat negara yg climatenya macam kita.

Dah puas hati baru aku try. Tak dinafikan beratus gak aku habis untuk cari holy grail product untuk aku. Tapi jangan risau, so far aku rasa jimat je sebab sekali beli 4 5 bulan baru habis. Kira balik modal la. Hahaha.

Dan banyak lagi macam tido kena cukup, pakai makb (pilih ikut jenis kulit) dan cuci muka tu kena ade skill takleh main tonyoh dengan berus sabut je. Gosok lembut lembut selama satu minit and dah. Sebab kau gosok 420 minit skalipun, yang hilangnya kotoran kat luar je.

Buat habis energy je gosok. Unless kau nak bina biceps triceps kau, then boleh proceed. Tapi pastu kulit kau yang sakit sebab irritation. Kau pilih la nak biceps triceps ke kulit? Hahahha

Honestly,aku pun tengah trial and error. Badan lain lain kan. Your milestones may vary.Tak berjaya, jangan frust, usaha lagi. Healthy skin is a journey, not a destination. Wahhh gitchew. Tapi yang aku bagi ni kira basics lah.

Alhamdulillah 4 5 bulan dah aku apply, nampak kesan positif tu. Konfiden pun makin naik. Kira okay lah kan. Hahahaha

K lah aku kena pegi cuci mula dulu. All the best!

#NotaWawa: tajuknya dah ada sedikit gaya TV, penulisan pun suppose to be in BMT la sis. 😉

– Sis Jay

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : IIUMC by Berita Kopak