Video Muzik Lagu Ragaman Faizal Tahir Memang Gempak Habis. Tapi Part Ending Buat Ramai Yang Sebak Dan Menangis..

Video Muzik Lagu Ragaman Faizal Tahir Memang Gempak Habis. Tapi Part Ending Buat Ramai Yang Sebak Dan Menangis. Tonton Video Sampai Habis !!

Penyanyi, komposer dan penerbit popular Faizal Tahir telah melancarkan single terbaru yang berjudul Ragaman. Hari ini pula video muzik lagu Ragaman telah dilancarkan di Youtube.

Faizal telah menampilkan kelainan dari segi gubahan muzik dan juga genre yang mempunyai elemen ‘reggae’ dalam single terbarunya ini. Menurut Faizal, gaya penyampaiannya juga amat berlainan daripada lagu-lagunya sebelum ini.

Menggunakan konsep berbeza daripada lagu biasa diketengahkannya sebelum ini, Faizal tampil mempertaruhkan karya yang mempunyai elemen reggae dan nuansa pop 1960-an.

Dia yang sering tampil dengan tema agak serius berkata, kali ini banyak unsur jenaka diselitkan dalam lirik dan ia menjadikan Ragaman kedengaran lebih santai dan ceria.

Tema lagu ini lebih santai dan mempunyai elemen kasih sayang antara pasangan suami isteri. Proses untuk menyiapkan lagu ini mengambil masa lebih kurang tiga ke empat bulan.

Single Ragaman merupakan karya ciptaan Faizal sendiri bersama Mike Chan dan Romeo manakala liriknya pula dihasilkan oleh Faizal dengan kerjasama Mike Chan, Karim Karam dan Jaare.

Menerusi akaun instagram, Faizal berkongsi sedikit teaser video muzik Ragaman.

“Tuan2 dan puan2. Mr. Ragaman sudah selamat tiba di saluran YouTiub Faizal Tahir. Dipersilakan berjoget secara halal. Terima kaseh.. “

Video muzik Ragaman turut menampilkan Nabila Huda sebagai watak isteri dalam video itu. Lakonan Nabila Huda yang mantap membuatkan video ini bertambah-tambah gempak dan sangat wow !!

Sila tonton video penuh di bawah :

Rata-rata peminat memuji Faizal Tahir dan juga lakonan hebat Nabila Huda. Ramai yang membuat kesimpulan isteri Mr Ragaman sebenarnya sudah tiada. Hanya tinggal kenangan-kenangan manis bersama. Part ending ini buat ramai yang sebak dan menangis. Antara komen-komen peminat :

” Ini yang aku tunggu ni, tahniah Faizal Tahir! lain dari yang lain, truly an artist! “

” Memang menjadi la watak Nabila Huda dalam MV ni! Hahahaha “

” I can’t stop smiling watching thissss MV !! The ending thou.. I’m crying.. good job kupu2.. “

” Tetiba plak rasa nak nangiss.. Sebab Mr Ragaman “bahagia” dengan kenangan2nya… Tapi isterinya tak ada.. Good Job, Mr FaiThmen! “

” Nabila huda ni kalau berlakon retro2 ni mmg ngam sungguh nouh.. “

” Tengah happy dengar lagu ni tetiba mood berubah kat part ending tu. You only live once, ragaman mu hanya aku yang tahu. Sebak.. “

: Sedih la ending dia.. Muzik, vocal, MV, semua kena. Tak sangka mv dia bagi mcm2 feeling, kalau dengar lagu je hanya rase cute, kelakar with great music tapi mv ni bagi tambah ada rasa sedih dan sweet. Good job FT!! “

Syabas Faizal Tahir dan Nabila Huda. Hasil kerja yang memang sangat hebat. Terbaik !!

Sumber : IG Faizal Tahir / Youtube Faizal Tahir by Berita Kopak