Lelaki Ini Kehilangan 20 Kg Berat Badannya Setelah 3 Tahun Belajar Di London. Selepas Pulang Ke Tanahair, Dia Membuat Kejutan Kepada Ibu Bapanya..

Lelaki Ini Kehilangan 20 Kg Berat Badannya Setelah 3 Tahun Belajar Di London. Selepas Pulang Ke Tanahair, Dia Membuat Kejutan Kepada Ibu Bapanya. Reaksi Ibu Bapanya Buat Ramai Yang Menangis !!

Seorang lelaki dari Medan Indonesia yang bernama Hadi Wibawa menjadi popular pada tahun 2016 apabila kisahnya membuat kejutan kepada kedua-dua ibu bapanya menjadi viral di media sosial.

Hadi yang baru menamatkan pelajaran ketika itu ingin pulang ke pangkuan keluarganya di Medan, Indonesia setelah 3 tahun tidak bertemu mereka. Apa yang menariknya, Hadi kehilangan berat badan sebanyak 20 kilogram berbanding masa mula-mula dia sampai di London.

Hadi turut berkongsi gambarnya semasa mula-mula sampai di London. Badannya kelihatan agak gempal berbanding sekarang yang sudah kurus dan nampak lebih tampan.

20 kilogram adalah satu perbezaan yang sangat banyak dan ketara. Hadi mendapat idea untuk memanfaatkan transformasinya untuk membuat kejutan kepada kedua ibu bapanya.

” Tahun pertama dan tahun kedua ok bagi saya, tetapi apabila masuk tahun ketiga, saya sangat-sangat merindui rumah, saya sangat-sangat merindui keluarga saya “

Hadi kemudiannya menaiki penerbangan pulang ke Indonesia tanpa pengetahuan ibu bapanya. Setelah sampai di lapangan terbang, abangnya yang bernama Fendi datang menjemputnya tanpa memberitahu kedua ibu bapa mereka.

Pada malam itu Hadi tidur di hotel kerana keesokkan harinya dia meminta abangnya mengajak ibu bapa mereka untuk makan tengah hari di salah sebuah restoren tanpa memberitahu mereka bahawa Hadi telah pulang ke tanah air.

Saat yang ditunggu-tunggu, keesokkan harinya, Hadi dan kedua-dua abangnya Fendi dan Candi sampai ke restoran terlebih dahulu sebelum ibu bapa mereka tiba. Hadi duduk bersendirian di meja di sebelah meja di mana ibu bapa dan adik-beradiknya akan duduk.

Tidak berapa lama kemudian ibu bapa pun sampai. Setelah duduk, ibunya perasan lelaki yang makan di meja sebelah seperti anaknya Hadi. Ibu Hadi mengatakan kepada ahli keluarganya apa yang dia nampak.

Bapanya memandang sekali imbas ‘ lelaki itu ‘ dan mengatakan tidak ada persamaan dengan anak mereka. Hadi berpura-pura tidak mengenali mereka seperti orang asing.

Nampak tak naluri seorang ibu macam mana ? Hebat kan ? Kemudian bapa Hadi pergi ke tandas. Perasaan ibu Hadi kuat mengatakan sama seperti anaknya dan matanya masih tertumpu ke arah ‘ lelaki asing itu’.

” Jangan ketawa ! Dia kelihatan sama ” kata ibu Hadi kepada kedua-dua anaknya.

Salah seorang abang Hadi dengan berseloroh menambah ” Mungkin itu dia, ibu “. Ibu hanya ketawa sebab tidak percaya, tetapi dalam fikirannya masih memikirkan betapa miripnya dengan ‘lelaki itu’ dengan anaknya, Hadi.

Hadi tiba-tiba menghampiri ibunya. Ibunya terkejut dan akhirnya terjawab apa yang difikirkan betul bahawa lelaki itu sebenarnya memang anaknya. Dia ketawa dalam kegembiraan dan kedua-dua mereka berpelukan satu sama lain. Dengan ibu memang tak boleh nak menipu. Naluri seorang ibu biasanya tepat.

Kemudian Hadi, ibu dan abang-abangnya kembali ke tempat duduk masing-masing sebelum bapanya kembali ke meja makan pulang dari tandas.

Ibu Hadi masih berpura-pura curiga dan bertanya kepada bapa Hadi ” Tidakkah kami fikir lelaki itu kelihatan seperti Hadi ? “ Ayah Hadi menjawb ” Tidak, lelaki ini lebih tampan.. “

Tetapi bapa Hadi menoleh sekali lagi ke arah lelaki itu dan berkata ” Ya itu Hadi “. Selepas itu Hadi menghampiri dan memeluk ayahnya. Ayahnya rasa terkejut dengan kemunculan Hadi yang jauh berbeza dengan sebelum ini.

Video ini membuatkan ramai yang rasa sebak dan terharu dengan kejutan yang dilakukan oleh Hadi ini. Antara komen-komen netizen di youtube :

” Part ayah paling best. Terima kasih berkongsi saat yang menggembirakan ini.. “

” Naluri ibu cepat tangkap. Ayah biasanya cool dulu.. “

” Video ini membuatkan saya menangis. Saya suka saat si anak memeluk ayahnya. Memang awesome.. “

” Hai Hadi, video kamu buat saya tersenyum. Terima kasih atas perkongsian. Saya juga rindu family saya.. “

Jom tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : Youtube Hadi Wibawa by Berita Kopak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *