Aksi Fattah Anas Kantoi Telefon ‘Awek’ Di Sebalik Langsir Buat Ramai Yang Gelak Berdekah-Dekah. Serius Kelakar !!
Nama Fattah Anas tidak perlu diperkenalkan lagi. Rata-rata rakyat Malaysia mengenali si cilik yang baru berusia 3 tahun ini sejak videonya menjadi ‘kucing’ di dalam sangkat menjadi viral pada tahun lalu.
Sejak itu Anas dan Papanya, Muhamad Firdaus, sering dijemput untuk menjadi tetamu undangan dalam program televisyen dan radio seperti Meletop, Motif Viral, Radio Kool FM dan banyak lagi.
Populariti Anas semakin menyerlah dan Anas kini mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri persis seorang artis. Sehingga kini, akaun instagram Anas memperolehi seramai 535 ribu pengikut yang sentiasa menanti ‘update’ terkini setiap hari.
Papa Anas juga tidak ‘lokek’ berkongsi video-video menarik aktiviti harian Anas. Video-video Anas biasanya mendapat banyak ‘likes’ dan komen setiap kali dimuatnaik. Rata-rata netizen sangat terhibur dengan telatah Anas dan geram dengan kecomelannya.
Yang terbaru, Papa Anas memuat naik video Anas yang kantoi sedang bercakap di telefon di sebalik langsir sambil memakai pampers. Gelagat Anas berbual dengan telefon membuatkan ramai yang terhibur. Boleh pula Anas pura-pura tidur berdengkur selepas itu. Serius kelakar lah Anas !!
Jom tonton video penuh di bawah :
” Anas kantoi tepon awek dgn papa.. baik ngaku cepat siapakah gerangan yg bergayut dgn anas ni.. nnti papa report pulis bru tau.. “
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat dua anak beranak ini. Antara komen-komen netizen :
” Part jimat kredit tu xleh blah la papa hahaha ulang2 tgk.. “
” Hahahahahhahaha anassss! Pandai dia ek dah kantoi gayut dgn awek buat² tido pulak waduhhh².. “
” Alaa comey nyee anas nie.. geyam plak kite.. pandai plak tu.. terhibur jee tgok gelagat si tembam nie.. “
” Haha part hello assalamualaikum pstu bye paling kelakar, cute la anas nie.. “
” Last² da kantoi ngn papa. Dia bedengkur eh gigit lemak tu kanggg hishh.. “
” Alaaaa anaihhhhhhh awat comey sangat ni geram laaaa !!! Gigit satg haaaaaa.. “
” Disebalik tirai anas bergayut bbual alahai manja dia ayat awek.. Haahahhaa.. Bila kena kantoi dgn Papa nya, cepat dia Cut conversation dgn garang step salah no assalamualaikum n bye..pandai nya dia cover line.. Hahaah.. Bijak si cilik @fattahanas_official.. haiz lah papa, lepas ni u spy siapa lah bakal anak menantu u tu haahhahahah.. Adorable.. “
Ok admin belanja lagi satu video comel Anas menyakat papanya :
” Fine fine finee !!korang slalu cakap papa jee kacau anass.. padahal anas yg slalu kacau papa ok.. “
View this post on Instagram
Fine fine finee !!korang slalu cakap papa jee kacau anass 😑.. padahal anas yg slalu kacau papa ok 😒
Alahai Anas, kenapa lah awak comel sangat? Admin pun masih tak boleh nak move on dari menonton video-video Anas bermula dari video viral Anas yang jadi ‘meow’ tu. Rasanya ramai yang macam admin kan ? Baik korang mengaku.
Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan Anas membesar dengan sihat dan bijak, menjadi insan berguna dan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin. Teruskan menceriakan hari-hari kami dengan telatah Anas yang comel itu ok !!
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fattah Anas by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..