Ucapan Fattah Amin sempena Hari Lahir Isterinya, Fazura Buat ramai Yang TERHARU DAN SEBAK!!…

Ucapan Fattah Amin sempena Hari Lahir Isterinya, Fazura Buat ramai Yang TERHARU DAN SEBAK!!…

Pasangan merpati dua sejoli ini, iaitu pelakon Fattah Amin dan Fazura sering mendapat perhatian peminat tidak kira di mana sahaja baik di layar kaca mahupun di media sosial.

Terkini, pasangan ini kembali menuai perhatian netizen apabila Fattah Amin melalui Instagramnya Fattah Amin@fattahaminz ini mengucapkan kata-kata yang begitu ‘sweet’ untuk isteri tersayangnya sempena ulang tahun kelahiran isterinya itu.

Ucapan tersebut membuatkan Instagram Fattah Amin juga dihujani dengan peminat yang turut mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat isterinya, Fazura.

Ucapan Fattah Amin Buat Isterinya, fazura Di Instagramnya… ( baca terjemahan dalam bahasa Melayu di bawah )

Baca terjemahannya seperti di bawah

Selamat ulang tahun kepada isteriku yang luar biasa @missfazura … Kamu adalah hadiah terbesar dari Allah kepadaku … Saya akan selalu merasa bertuah untuk memilikimu sebagai isteri … Kamu membawaku begitu banyak kebahagiaan dan kegembiraan … Tidak ada lelaki boleh meminta isteri yang lebih baik daripada Kamu… Ratu hatiku.

Kamu sentiasa penuh dengan positif dan Kamu mempunyai hati yang baik yang sentiasa menyokong, baik bukan hanya kepadaku tetapi kepada semua orang. Kamu sentiasa menghormatiku dan sentiasa merawat keluargaku seperti kamu menyayangi dirimu…

InshaAllah aku sentiasa berdoa untuk kita setiap hari … Semoga Allah memelihara Kamu dan memberkati Kamu dengan segala yang baik di dunia dan akhirat. Aku tahu Kamu akan menjadi seorang ibu yang baik satu hari untuk anak-anak kita … Semoga semua kehendak kita menjadi kenyataan dan aku akan sentiasa berada di samping kamu sehingga Jannah InshaAllah.

Begiulah ucapan dari Fattah Amin buat isterinya Fazura yang begitu romantis dan bermakna. Sungguh bertuah Fazura mendapat lelaki seperti Fattah Aminz yang bukan sahaja handsome tetapi juga sangat romantik dan gentleman.

Rata-rata peminat turut mengucapkan selamat buat Fazura dan Fattah Amin

Lagi ucapan peminat buat pasangan dua sejoli ini

Didoakan semoga mereka akan terus berbahagia dan sentiasa tabah dan sabar menempuh alam rumahtangga. Dan semoga apa yang mereka hajati bersama akan dimakbulkan olehNYA.

Apa Pendapat Anda?

Terima Kasih Kerana Membaca Artikel ini.

Silakan SHARE Untuk Kami terus berkongsi untuk anda cerita terbaik!

Sumber : Instagram Fattah Amin@fattahaminz / Artikel ini disediakan oleh Beritakopak.org