Lihat Apa Yang Mereka Lakukan Kepada Pemandu Degil Yang Menghalang Laluan Pejalan Kaki Sebagai Pengajaran !!

Lihat Apa Yang Mereka Lakukan Kepada Pemandu Degil Yang Menghalang Laluan Pejalan Kaki Sebagai Pengajaran !!

Peraturan lalu lintas harus dipatuhi oleh setiap pengguna jalan raya. Namun begitu, masih ramai pengguna jalan raya yang mengabaikan peraturan ini walaupun mereka sebenarnya tahu.

Masih ramai juga yang tidak mematuhi lampu isyarat dan tidak mempedulikan papan tanda isyarat. Perkara sebegini akan meyusahkan banyak pihak terutama sekali pejalan kaki.

Walaupun pelbagai kempen dan iklan disediakan oleh pihak berkuasa agar semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya, tetapi masih ramai yang berdegil dan mengabaikannya.

Baru-baru ini sebuah video tersebar dan menjadi viral di negara China. Menerusi video berkenaan, pejalan kaki secara kreatif mengajar pemandu yang telah menghentikan keretanya betul-betul di atas laluan pejalan kaki (laluan zebra) untuk melintas jalan.

Dalam video itu, beberapa kereta dan motosikal kelihatan berhenti berhampiran lampu isyarat dan betul-betul pada lintasan zebra tetapi bukan di hadapannya. Kenderaan ini telah menghalang laluan pejalan kaki yang ingin melintas ke seberang jalan.

Apa yang menariknya, pejalan kaki tidak menunjukkan perasan marah kepada pemandu. Mereka juga tidak cuba mengelak kereta atau berjalan di celah-celah ruang yang ada seperti yang diharapkan oleh pemandu.

Apa yang pejalan kaki ini lakukan ialah mereka ‘mengabaikan’ kereta itu dan mempertahankan haknya untuk berjalan di ‘laluan zebra’ dengan menaiki atas bonet kereta serta berjalan di atasnya. Kemudian seorang demi seorang pejalan kami mengikut langkahnya itu.

Bagi penunggang motosikal yang degil pula, mereka akan memijak tempat duduk belakang motosikal atau melangkah di celah-celah motosikal untuk melintas jalan.

Mereka bukan sahaja melalui atas kereta atau motosikal, ada juga yang sanggup memanjat lori.

Yang lebih menarik, golongan OKU yang bertongkat dan berkerusi roda juga turut sama memberi pengajaran kepada mereka. Dahsyat juga ye. Tak calar ke kereta tu ?

Ada juga yang bertindak menolak kenderaan yang berhenti di laluan zebra ke belakang garisan sepatutnya kenderaan berhenti.

Pejalan kaki itu berbuat sedemikian untuk memberi pengajaran kepada pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya dan mengabaikan hak pejalan kaki supaya mereka berasa serik dan tidak akan mengulanginya lagi.

Pemandu yang sedar akan kesalahan mereka akan mengundurkan kembali kenderaan di garisan yang sepatutnya. Dengan cara ini dapat memberi kesedaran kepada pemandu-pemandu itu agar tidak sewenang-wenangnya melanggar peraturan jalan raya sesuka hati.

Tonton video penuh di bawah :

 

Semoga kita mendapat iktibar daripada video di atas dan menjadi rakyat yang mematuhi peraturan jalan raya supaya kita tidak menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Rasanya patut tak kalau kita bagi pengajaran seperti ini kepada pemandu yang degil di negara kita ? Apa pendapat anda ?

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : Amapapa.me / Diterjemah Dan Diolah Oleh Berita Kopak