Juru Mekap Kesan Khas Kongsi Video Mulut Beto Kusyairy Kena ‘Jahit’. Hasilnya Nampak Sangat Real !!

Juru Mekap Kesan Khas Kongsi Video Mulut Beto Kusyairy Kena ‘Jahit’. Hasilnya Nampak Sangat Real !!

Jurumekap kesan khas terkenal, Ella Sandera memuatnaik video sedang ‘menjahit’ mulut pelakon berbakat besat Beto Kusyairy di lama instagramnya semalam.

Ella Sandera bertanggungjawab untuk melakukan kesan solekan khas untuk Beto dalam drama bersiri yang bertajuk Sembilan arahan Razaisyam Rashid.

‘Jahitan’ yang dibuat oleh Ella Sandera ini nampak seperti sangat ‘real’. Beto juga kelihatan sangat ‘steady’.

Drama bersiri 10 episod berjudul Sembilan yang mengangkat genre seram ini adalah hasil kolaborasi nusantara antara Malaysia dan Indonesia di bawah payung penjenamaan ‘Astro Original Series’.

Antara lokasi utama penggambaran dijalankan di Malaysia iaitu Kampung Orang Asli Kuala Boh (Cameron Highlands), Sungai Lembing (Pahang), sekitar Kuala Lumpur dan Studio Pinewood Iskandar (Johor Bahru).

Sesi penggambaran mengambil masa lebih kurang 75 hari dan masih dijalankan sehingga kini. Drama ‘Sembilan’ ini juga dijangka menemui penonton secara eksklusif di saluran Astro Citra (131) pada bulan Februari 2019 nanti.

Jom tonton video penuh di bawah :

Sakit tu penghapus dosa.. tak gitu beto ? “

Rata-rata netizen berasa ngeri menonton video di atas. Namun begitu ramai yang memuji hasil seni dan kretif Ella Sandera yang dikatakan sangat menjadi, realistik dan hebat. Antara komen-komen netizen :

” Terasa mulut den yg dijahit2.. “

” Adoii, ngilu je rasa.. “

” Adoiii… Tengok mcm rasa sakit plak.. “

” hebattt @ellasandera.. “

” Pergh. Ngeri!.. “

” @beto_kusyairy tengah imagine kalau kena jahit time selsema, hidung tersumbat, nak nafas kot mana? “

Tahniah kepada Ella Sandera. Anda memang seorang yang berbakat dan hebat. Selamat maju jaya daripada kami di Berita Kopak.

Sumber : Gempak.Com / IG Ella Sandera by Berita Kopak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *