Detik Menyedihkan Ketika Ibu Anjing Ini Melepaskan Anaknya : Anakku, Berat Hati Ibu Untuk Melepaskanmu… Tetapi Apalah Daya Ibu. Selamat Tinggal Anakku

Detik Menyedihkan Ketika Ibu Anjing Ini Melepaskan Anaknya : “Anakku, Berat Hati Ibu Untuk Melepaskanmu… Tetapi Apalah Daya Ibu. Selamat Tinggal Anakku…”

Anjing sememangnya diketahui mempunyai perasaan kasih sayang yang mendalam tidak kira kepada manusia yang menjaganya dan sudah tentu kepada anak-anaknya. Seperti manusia juga, berpisah dengan anak yang di kasihi adalah sesuatu yang begitu memilukan.

Seekor anjing di wilayah Henan, China telah melahirkan 12 ekor anak anjing yang comel di Universiti Zhengzhou. Disebabkan anjing ini melahirkan anak yang begitu banyak, pelajar universiti bimbang anjing ini mengalami kesukaran untuk menjaga semua anaknya. Kemudian mereka pun mencari sesiapa yang mahu menjaga anak-anak anjing tersebut.

Akhirnya seorang yang baik hati, telah datang untuk menjaga beberapa anak anjing itu. Ibu anjing itu begitu sedih setiap kali dia melepaskan anaknya dan untuk anak nya yang ke 12, mereka telah merakam detik penuh memilukan itu.

Ibu anjing ini memerhatikan anaknya di bawa pergi untuk di jaga oleh manusia

“Maafkan ibu anakku, ibu terpaksa melepaskanmu…”

“Semoga kau sentiasa sihat anakku, dia akan menjagamu dengan baik…”

Ibu yang terpaksa pergi meninggalkan anaknya dengan perasaan yang begitu menyedihkan

Sebagaimana manusia menyayangi anaknya, begitulah ibu anjing ini menyayangi anaknya. Dari riak di mukanya, dia melepaskan anaknya dengan penuh kesukaran dan kesedihan tetapi nalurinya mungkin mengetahui anaknya akan dijaga dengan baik dan penuh kasih sayang di tempat baru.

Terima kasih kerana membaca artikel ini, Semoga Video ini memberi Inspirasi untuk Anda!

Silakan SHARE Untuk Membantu Kami Terus Berkongsi Cerita Yang terbaik Untuk anda.

Disediakan Beritakopak.org