Aksi ‘ Perang Mulut ‘ Datuk Chef Wan Dengan Azwan Ali Buat Ramai Yang Terhibur. Serius Kelakar !!

Aksi ‘ Perang Mulut ‘ Datuk Chef Wan Dengan Azwan Ali Buat Ramai Yang Terhibur. Serius Kelakar !!

Siapa yang tak kenal tukang masak yang tersohor negara kita yang mencipta nama sehingga ke serata dunia iaitu Datuk Chef Wan. Datuk Chef Wan selalu berkongsi aktiviti hariannya di akaun instagramnya untuk tatapan peminat-peminat.

Yang terbaru, melalui akaun instagram juga, Chef Wan berkongsi beberapa video perbualannya dengan artis kontroversi Azwan Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Diva AA. Difahamkan mereka berada di situ untuk menjayakan satu program terbitan Astro.

Turut berada di tempat kejadian adalah pelakon Jihan Muse, Joey, Johan Raja Lawak, Sharul Shiro, Afdlin Shauki dan beberapa orang lagi. Menerusi video-video yang dimuat naik itu, Chef Wan dan Azwan Ali ‘berperang mulut’ antara satu sama lain dan saling berbalas-balas cakap tanpa henti.

‘Perang mulut’ mereka ditonton oleh semua yang berada di dalam tempat menunggu berkenaan. Aksi dan gelagat dua personaliti ini membuatkan mereka semua turut gelak dan terhibur. Ada juga beberapa orang artis yang menyelit perbualan antara mereka.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Muka tak tahu malu ! Semalam lambat dtg tak mahu mengaku. Hari ni pun dia yg last sampai lewat 1.5 jam mcm semlm juga.. “

” Dah salah masih nak menegak kan benang basah! Dah la tu dia tuduh konon peminat2 i di Instigram pulak mulut puaka.. “

” Tak serik2 jantan kepala senget ni lah. Nasib Astro Warna dengar cakap i yg i dont mind berpasangkan dgn dia.. “

” Bukan sebab kesian dia ni dah tak laku lagi. Tu la meroyan lebih. Sabar aja lah.. “

” Dah pulak kasut dia di taja.. “

 

View this post on Instagram

 

Dah pulak kasut dia di taja..

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

” Rakaman belum pun lagi kita dah membawang berapi rapi.. Adoi u tengok mulut dia..”

 

View this post on Instagram

 

Rakaman belum pun lagi kita dah membawang berapi rapi.. Adoi u tengok mulut dia..

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

” Johan sampai dah.. lagi la kecuh. Rakaman Arena panggang sepatutnya 1.30pm dah 3.30pm pun tak mula lagi.. ”

” Semua propa buat penat aja saya datang on time at 1.30pm.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan telatah 2 personaliti ini. Antara komen-komen netizen :

” Byk2 bersabar la DCW, jgn penting enjoy jgn amik hati .. “

” Hahaha… he has such a colorful character ! .. “

” Perghh dia ckp CW ni cuma tukang masak?. Wow !!.. “

” Sabarrrrr… you cannot win with this guy. Always want to have the last words.. aduhai CW you have more class.. “

” Depa ni mmg lawak…take it easy n rada terhibur dgn lawak2 AA ni.. “

” Hahahaahha.. he just want attention dato.. thats why he is trying so hard to be different.. “

” Bergabung meletop.. x tau sape tukang dgr sume@tukang ckp ahhaha.. “

” Pecah perut gelak.. “

Alahai serius kelakar. Tolong jangan ambil serius sangat dengan isi perbualan mereka. Mereka mungkin hanya bergurau sahaja untuk mengisi masa sebelum program bermula. Apa-apa pun, dua-dua memang sangat sporting !!

Sumber : IG Chef Wan by Berita Kopak

1 thought on “Aksi ‘ Perang Mulut ‘ Datuk Chef Wan Dengan Azwan Ali Buat Ramai Yang Terhibur. Serius Kelakar !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *