Lelaki Ini Menyesal Selepas Buat “Prank’ Hilangkan Neneknya. TAK SANGKA Ini Yang Neneknya Lakukan !!

Lelaki Ini Menyesal Selepas Buat “Prank’ Hilangkan Neneknya. TAK SANGKA Ini Yang Neneknya Lakukan. Tonton Video Sampai Habis !!

Baru-baru ini beberapa video ‘prank’ menghilangkan orang menjadi viral di media sosial. Mereka meniru aksi ‘prank’ sebegini dari luar negara.

Individu yang membuat ‘prank’ ini akan berpakat dengan semua orang yang berada di situ kecuali yang menjadi mangsa. Kebiasaan yang kita tengok, kanak-kanak yang akan dijadikan mangsa oleh ahli keluarga mereka.

Mereka terlebih dahulu akan menangkap gambar di lokasi yang sama untuk buat ‘prank’ semasa ketiadaan mangsa. Semasa kejadian, seorang individu akan menutup mangsa menggunakan selimut atau tuala yang besar.

Kemudian apabila membukanya, mereka yang berada di situ berlakon terkejut seolah-olah mangsa betul-betul hilang. Mangsa akan berasa panik dan meraba-raba badan sendiri untuk memastikan sama ada dia benar-benar wujud atau tidak.

Kemudian ada seorang individu akan berpura-pura menangkap gambar menggunakan telefon bimbit dan kemudiannya akan menunjuk gambar kepada individu yang memegang selimut tadi dengan gambar yang mula-mula diambil sebelum buat ‘prank’.

Individu itu akan membuat aksi yang sama semasa gambarnya mula-mula diambil tadi. Mangsa yang duduk berhampirannya akan turut sama melihat gambar di telefon bimbit dan ianya membuatkan dia rasa terkejut apabila melihat dirinya tidak wujud dalam gambar itu.

Mangsa kemudiannya menangis dan memanggil ibu atau ahli keluarganya supaya menyedari kewujudannya. Namun begitu ahli keluarga mangsa akan berlakon tidak mendengar suaranya atau nampak dirinya.

Aksi mangsa membuatkan ramai yang terhibur dengan gelagatnya. Antara dua video yang dibuat di Malaysia yang menjadi viral, boleh tonton di bawah ini :

https://www.youtube.com/watch?v=FDFuCPUGOpk

Alahai comel sangat gelagat 2 orang adik ini. Tak dapat bayangkan kalau kita yang kena macam adik ini waktu kecil dulu. Mesti kena bahan sampai ke besar. Huhuhu…

Yang terbaru, melalui perkongsian di media sosial juga, video seorang nenek di’prank’ menggunakan ‘prank’ yang sama oleh cucunya menjadi viral. Pada permulaannya, semuanya baik-baik sahaja.

Seperti ‘prank-prank’ sebelum ini, cucunya meletakkan selimut menutupi neneknya itu. Setelah membaca ‘jampi’, dia kemudiannya menarik selimut itu dan melonjak-lonjak kegembiraan kerana dia berpura-pura neneknya telah hilang dan magiknya menjadi.

Neneknya sangat terkejut dan terus meraba badan sendiri dan memegang kepala kerana tidak percaya dirinya telah ghaib atau hilang. Cucunya itu kemudian menyuruh seseorang berpura-pura menangkap gambarnya di sebelah kerusi yang diduduki oleh neneknya.

Kemudian lelaki yang menangkap gambar itu menunjukkan gambar kepada cucu nenek berkenaan. Dalam gambar itu, hanya ada gambar si cucu sahaja dengan kerusi yang kosong. Gambar ini sebenarnya telah diambil terlebih dahulu sebelum mereka membuat ‘prank’.

Nenek yang berada di sebelah cucunya itu terkejut melihat gambar cucunya keseorangan tanpa dirinya. Si cucu masih lagi melompat-lompat kegembiraan tanpa henti kerana berpura-pura berjaya menghilangkan neneknya dengan magik.

Apa yang neneknya lakukan selepas itu buat ramai yang terkejut.

Tonton video penuh di bawah :

Haaaa kan dan kena ! Nak ‘prank’ budak boleh lah. Ni ‘prank’ orang tua memang mendapat. Huhuhu. Admin tak tahu nak gelak sebab kelakar ke sebab kesian kena ketuk dengan tudung periuk. Aduii sakit tu. Siap pekej kena marah lagi. Hahahaha..

Apa-apa pun ini hanyalah gurauan sesama ahli keluarga. Cuma nak bergurau biar kena dengan orang, tempat, masa dan keadaannya. Jika orang yang menjadi mangsa ‘prank’ itu ‘sporting’, maka anda seorang yang bernasib baik. Kalau sebaliknya, mungkin anda yang kena menanggung akibatnya.

By Berita Kopak