Lelaki Ini Buat Kejutan Menyamar Menjadi Pelayan Restoren Setelah 5 Tahun Tidak Berjumpa Ibu Bapanya..

Lelaki Ini Buat Kejutan Menyamar Menjadi Pelayan Restoren Setelah 5 Tahun Tidak Berjumpa Ibu Bapanya. Reaksi Ibu Bapanya Selepas Dia Membuka Topeng Buat Ramai Yang Menangis !!

Negara Filipina terkenal dengan sifat dan hubungan kekeluargaan, dan anak-anak cenderung untuk membalas jasa kedua ibu bapa mereka terutama setelah mereka tamat pengajian dan mendapat pekerjaan yang baik. Ini cara mereka mengucapkan terima kasih kepada semua pengorbanan ibu bapa mereka sejak mereka dilahirkan.

Itulah sebabnya pekerja Filipina menghadapi kesukaran bekerja di luar negara kerana mereka akan berasa berat untuk pergi untuk meninggalkan orang yang tersayang terutaman sekali ibu bapa dan keluarga mereka. Tetapi mereka perlu berkorban dan akhirnya mereka akan kembali semula ke pangkuan keluarga di Filipina.

Inilah yang terjadi pada John Tingcang Casping yang telah berkongsi video di akaun Facebooknya  pada 6 Ogos yang lali. Menerusi video berkenaan, dia menyamar sebagai seorang pelayan restoren makanan segera yang terkenal dengan memakai pakaian seragam lengkap serta topeng dan topi.

‘Caption’ John Tingcang Casping di akaun Facebooknya :

” Sejak 5 tahun saya tidak berjumpa dengan ibu bapa saya dan saya sangat merindui mereka saya. Sebagai kejutan saya berpura-pura menjadi pelayan di restoran makanan segera terkena. Terima kasih kepada Mae Laure, Jo dan Nel, saya sangat sukakan ini.. “

Menerusi video itu, dia kelihatan melayan pasangan tua ini dengan sabar menunggu pesanan mereka. Selepas meletakkan semua makanan di atas meja, dia bertanya lagi jika mereka mempunyai apa-apa yang diperlukan dan pasangan itu menjawab tiada apa-apa lagi kerana semua perasan sudah mereka perolehi.

Tiba-tiba John membuka topeng dan topinya, lalu kedua ibu bapanya sangat terperanjat dan baru perasan pelayan restoren itu adalah anak lelaki mereka. Mereka bertiga kelihatan mengalirkan air mata buat ramai yang menonton video rasa sebak.

Mereka berpelukan dan saling melepaskan rindu masing-masing setelah lama tidak berjumpa. Ini adalah saat yang sangat terindah buat mereka sekeluarga.

John juga menulis ‘caption’ di ‘posting’nya mengatakan dia tidak dapat berjumpa kedua ibu bapanya selama lima tahun. Oleh sebab itu dia memberi mereka kejutan agar mereka akan ingat sampai bila-bila. John kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada orang-orang yang telah membantunya dalam menjayakan kejutan itu.

Sementara itu, rata-rata netizen yang menonton video yang dimuatnaik ke Facebook itu memuji sikap John melakukan sesuatu yang sangat ‘sweet’ untuk ibu bapanya. Mereka sangat terharu dan tersentuh dengan kasih sayang yang ditunjukkan antara seorang anak lelaki dan ibu bapanya.

Kisah ini adalah peringatan yang baik kepada kita supaya menunjukkan kasih sayang kita kepada ibu bapa kita, tidak ada had umur untuk berbuat demikian.

Tonton video penuh di bawah :

Tahniah kepada John. Anda memang seorang anak yang baik. Semoga kita ambil pengajaran sama-sama berbakti kepada ibu bapa kita selagi mereka masih ada.

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : Pixelatedplanet / Terjemahan dan Diolah Oleh Berita Kopak