Dato’ Aliff Syukri Lancar Video Muzik Lagu Nasyid Hari Ini. Subhanallah.. Merdu Sangat Suara Datin Shahida Dan Dato’ Aliff Syukri..

Dato’ Aliff Syukri Lancar Video Muzik Lagu Nasyid Hari Ini. Subhanallah.. Merdu Sangat Suara Datin Shahida Dan Dato’ Aliff Syukri..

Sebelum ini pelbagai kecaman dan kritikan yang diterima oleh Dato’ Aliff Syukri lebih-lebih lagi setelah rakyat Malaysia dikejutkan dengan lagu Bobo Di Mana nyanyiannya bersama Nur Sajat dan Lucinta Luna dari Indonesia.

Lagu ini dikutuk netizen yang menyifatkan tarian lagu Bobo Di Mana agak keterlaluan dan tidak senonoh. Dato’ Aliff Syukri tidak pernah lari daripada kontroversi di media sosial.

Kecaman demi kecaman yang diterimanya tidak mematahkan semangatnya untuk mengeluarkan lagu-lagu baru. Apa yang menyedihkan isterinya, Datin Shahida dan ibunya, Bonda Rozita Ibrahim turut sama menerima tempias kecaman netizen.

Yang terbaru, Dato’ Aliff telah menyahut cabaran orang ramai, khususnya daripada netizen yang tidak henti-henti mengecamnya untuk menyanyikan lagu nasyid. Lagu nasyid ini bertajuk Agama Kedamaian (Deen As Salam) yang dinyanyikan bersama isterinya, Datin Shahida yang juga merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Solehah.

Lagu nasyid ini ditulis dan digubah oleh penyanyi nasyid terkenal iaitu Hafiz Hamidun. Menurut Dato’ Aliff, isterinya memang gemar mengaji dan menyukai lagu-lagu yang bercorak keagamaan.

Beberapa hari yang lalu, Dato’ Aliff dan Datin Shahida ada berkongsi beberapa sudutan pembikinan video muzik lagu nasyid ini di akaun instagram mereka sebagai ‘teaser’. Video ini mendapat perhatian ramai dan menjadi viral di media sosial.

Rata-rata netizen memuji suara Dato’ Aliff yang dikatakan sangat merdu menyanyikan lagu bercorak keagamaan seperti ini.

Video ini turut mendapat respon positif daripada Pencetus Ummah Amin di akaun instagramnya. PU Amin memuji sikap Dato’ Aliff yang sudi menerima teguran dan terus mahu menyebarkan kebaikan dan kebahagiaan.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah . Saya sudah menonton video pembikinan music video Dato Alif yang terbaru , maka saya kira ini tanda tanda Dato Alif mahukan kebaikan dan perubahan dengan menyebarkan perdamaian.. . Sebagai seorang manusia kita tidak boleh lari dari kesilapan dan kesalahan . Saya yang menegur juga banyak melakukan kesalahan , namun tugas menyampaikan nasihat wajib untuk diteruskan atas dasar amanah dengan wahyu Al Quran.. . Dato Alif memulakan cerita ini dengan mewujudkan video bobo dimana , dan dia akhirkan dengan lagu nasyid yang baik mesej nya . Maka kita menghargai dan memuji sikap beliau dengan hikmah dan kasih sayang.. . Bagi kita semua berhentilah menggelar tindakan dato alif ini seperti mahu mencuci ketelanjuran nya dengan ‘simbol agama’ , kerana mungkin ini bukti dan cara dia mahu menunjukkan maaf atas ketelanjuran yang dia lakukan . Kalau bukan berbalik pada agama , nak refer pada apa lagi ?. . Saya nasihatkan kepada semua netizen agar berhenti mengeluarkan kata kata , andaian dan kecaman pada beliau dan keluarga . Kita doakan yang terbaik , kita mahukan agar mesej nasihat dan teguran itu sampai pada beliau , dan kini nyata beliau tidak berterusan menjadi degil atau ego , malah beliau terus mahu menyebarkan kebaikan dan kebahagiaan.. . Kita juga ada kesalahan . Yang baik kita katakan baik , yang tersilap kita sama sama bermuhasabah . Kita akhiri segalanya dengan doa kepada Allah . Mungkin ketika kita menghina mengecam mengutuk , ketika itu juga dato alif sedang dekat dengan allah , sedang bersujud memohon ampun , sedangkan kita masih rakus menceritakan keburukan nya.. . Bobo dimana memang satu kesalahan namun inshaallah kita sama sama akan mengawal dan mengawasi agar tidak wujud lagi music video ini di media sosial . Yang berlalu kita biarkan berlalu . Kita mahukan yang terbaik untuk yang akan akan datang.. . Sabda Nabi Saw : Sesungguhnya amalan manusia itu dikira dan dilihat pada pengakhiran nya .. . Wsalam.

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

Hari ini, 26 September 2018 (Rabu), video muzik lagu nasyid ini telah dilancarkan di Youtube TV Terlajak Laris. Video penuh ini memang dinanti-nantikan oleh orang ramai.

Jom tonton video penuh di bawah :

Masya Allah merdunya suara Datin Shahida. Suara Dato’ Aliff pun tidak kurang sedapnya. Semoga lagu ini mendapat tempat di hati setiap pendengar. Teruskan berkarya dengan lagu-lagu yang membawa mesej yang positif seperti lagu nasyid ini. Apa-apa pun memang admin nak puji memang terbaik !!

Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri / Datin Shahida / Youtube TV Terlajak Laris by Berita Kopak