Wanita Yang Sedang Dukung Bayi 2 Bulan Ini Di Halau Keluar Secara Kasar Dari Bank, Yang Sedihnya Dia Telah Menunggu Selama 5 jam Untuk Mengeluarkan Wang Kerana Anaknya Kelaparan…

Wanita Yang Sedang Dukung Bayi 2 Bulan Ini Di Halau Keluar Secara Kasar Dari Bank, Yang Sedihnya Dia Telah Menunggu Selama 5 jam Untuk Mengeluarkan Wang Kerana Anaknya Kelaparan…

Tugas seorang anggota polis adalah melindungi orang awam serta masyarakat. Di mana-mana jua khidmat mereka sangat diperlukan. Mereka akan berada di mana-mana untuk membantu orang ramai dari keganasan dan kejahatan individu-individu tertentu.

Mereka mengorbankan jiwa dan raga mereka demi untuk menjaga keamanan masyarakat. Tetapi berlainan pula dengan sebuah video yang beredar di media sosial, seorang anggota polis di Brazil ini dilihat memukul seorang wanita yang sedang mendukung bayi yang berusia 2 bulan di dalam sebuah bank.

Dia dilayan dengan begitu kasar oleh anggota polis

Kisahnya bermula apabila wanita ini pergi ke sebuah bank pada pukul 9 pagi untuk mengeluarkan duit sebanyak 250 Reas (RM251). Tetapi kakitangan bank mengatakan yang sistem ketika itu tidak berfungsi. Wanita ini menunggu selama 5 jam untuk sistem tersebut berfungsi tetapi masih juga tidak berfungsi.

Yang sedihnya dia mendukung bayi berusia 2 bulan, tetapi tetap dipukul oleh anggota polis berkenaan

Kemudian kakitangan bank mengarahkan wanita tersebut pulang kerana mereka sudah mahu menutup operasinya pada hari itu. Wanita tersebut mengatakan yang dia sangat-sangat memerlukan wang kerana anak-anaknya seramai 4 orang di rumah sedang kelaparan kerana sudah seminggu mereka kekurangan wang untuk membeli makanan.

Setelah seorang lelaki mengambil bayi dari wanita ini, dia terus dilayan dengan kasar oleh anggota polis berkenaan

Jadi, dia tidak akan pulang selagi dia tidak dapat membawa balik makanan untuk mereka. tetapi pihak bank tidak dapat membantu dan meamnggil pihak polis bagi menyelesaikan perkara itu.

Dan akhirnya terjadi seperti yang anda lihat di video tersebut. Sungguh memilukan tindakan anggota poli tersebut. Walaupun mungkin wanita itu bersalah tetapi dia tidak berhak memukulnya lebih-lebih lagi wanita tersebut sedang mendukung seorang bayi.

Tonton VIDEO Penuh Di Bawah

Apa Pendapat Anda?

Terima Kasih kerana membaca Artikel Ini.

Silakan SHARE Untuk Kami Memberikan Anda Yang Terbaik!

Artikel Disediakan Oleh Beritakopak