Respon Bell Ngasri Apabila Mark Adam Cabar Turun Tiang Bersamanya Buat Ramai Yang Gelak Besar. Serius Kelakar !!

Respon Bell Ngasri Apabila Mark Adam Cabar Turun Tiang Bersamanya Buat Ramai Yang Gelak Besar. Serius Kelakar !!

Sebelum ini kami pernah kongsikan video Bell Ngasri dan Mark Adam yang sangat takut menuruni tiang semasa latihan filem Hero The Movie bersama pihak bomba. Gelagat dua pelakon ini membuatkan ramai yang sakit perut gelakkan mereka.

Untuk pengetahuan, filem Hero The Movie ini adalah filem terbitan Darling Ngasri dan pengarahnya Azizi Adnan. Antara pelakon yang terlibat selain Bell Ngasri dan Mark Adam adalah Hisyam Hamid, Tauke Jambu, Syafiq Farhain, Shaharuddin Thamby, Jalaluddin Hassan, Elisya Sandha dan ramai lagi.

Bagi yang belum tonton lagi video Bell Ngasri dan Mark Adam, boleh tonton video di bawah :

” Kenapa @bellngasri brake tahan pakai muka ??? saya tengah tengok nak belajar n.. “

 

View this post on Instagram

 

Kenapa @bellngasri brake tahan pakai muka??? saya tenga tengok nak belajar ni 🤔 @herothemovie @nsstar.studio

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

” Wira2 negara, bukan senang, mintak maaf sabar ya tuan2.. “

 

View this post on Instagram

 

Wira2 negara, bukan senang, mintak maaf sabar ya tuan2 🙏🙏🙏 @herothemovie @nsstar.studio

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

Yang terbaru melalui perkongsian Mark Adam di akaun instagramnya, Mark Adam memuatnaik video sedang menuruni tiang yang sebelum ini dia takut menggunakannya. Mark Adam kelihatan sangat yakin, rilek dan bersahaja semasa menuruni tiang itu.

Apa yang menariknya, sebelum turun Mark Adam mengajak dan mencabar Bell Ngasri untuk sama-sama menuruni tiang itu. Jawapan Bell membuatkan ramai yang gelak besar. Serius kelakar. Kalau nak tahu Bell cakap apa, tonton video di bawah sampai habis.

Tonton video penuh di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079) on

Rata-rata peminat memuji Mark Adam yang sudah berani turun menggunakan tiang itu. Mereka juga terhibur dengan telatah dua pelakon ini. Antara komen-komen peminat :

” Wahhh dh berani.. Aritu takut2.. “

” Fuyo dah terrer turun guna tiang.. “

” Hahahahaaaaaaaaaaa lawak la bell.. “

” Turun tangga pun boleh.. “

Pelawak terkenal yang juga pengacara Gegar Vaganza Musim Ke 5 yang akan bersiaran pada hujung minggu ini, Jihan Muse turut meninggalak komennya..

” Waaaa dah berani hebatnya kamuuu.. “

Kepada Mark Adam dan Bell Ngasri, selamat maju jaya dan teruskan menceriakan hari-hari kami. Semoga urusan dan pembikinan filem yang bertemakan wira negara ini dipermudahkan untuk semua pelakon dan krew.

Sumber : IG Mark Adam by Berita Kopak