” Hari ini saya tak peluk sebab Sajat pakai tudung, takkan saya nak peluk, kang terkejut isteri saya kat rumah siapa pulak saya peluk kan.. ” – Ustaz Ebit Lew

” Hari ini saya tak peluk sebab Sajat pakai tudung, takkan saya nak peluk, kang terkejut isteri saya kat rumah siapa pulak saya peluk kan.. ” – Ustaz Ebit Lew

Pendakwah terkenal dan penceramah motivasi, Ustaz Ebit Lew sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Ustaz Ebit sering berkongsi pengalamannya mendekati warga kota yang ditimpa masalah serta kesempitan hidup seperti golongan gelandangan, LGBT dan ramai lagi.

Beberapa hari yang lalu, beliau berkongsi video perjumpaannya dengan usahawan kosmetik, Safiey Illias. Video ini mendapat perhatian ramai sehingga membuatkan netizen sebak. Bagi yang masih belum menonton video berkenaan boleh tonton di bawah :

 

View this post on Instagram

 

Tadi mesej @safieyillias94 . Dah berbulan ni kami mesej-mesej. Janji untuk jumpa kerana Allah.. Syukur hari ini balik dari ceramah sehari di ipoh tiba-tiba terus jumpa safiey. Takdir Allah..3jam kami berbual berkongsi. Saya lihat air mata seorang insan yang benar-benar ingin bangkit semula. Rindukan saat dijalan Allah.. Sedang mencari kekuatan untuk terus dekat diri pada Allah..saya tahu perasaan itu. Tak mudah tapi insyaAllah..Allah beri jalan…tadi beliau sambut saya dengan baik walau tiba-tiba nak ke rumahnya.. Beliau rindu sangat nak belajar perbaiki diri dan keluar di jalan Allah. Saya doakan safiey dapat bangkit dan sama-sama kita mendekatkan diri pada Allah. Kita semua sama sedang perbaiki diri dan saya sendiri belum tahu nasib akhir saya. Jom cakap yg baik-baik dan doakan yg baik-baik..Ayuh kita berlari menuju pada Allah..Allah sayang kita- ebitlew #www.keluargasunnah.com #29septmber2018 #matradekl #jomDaftarRamaiRamai

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

 

View this post on Instagram

 

Sebak soalan @safieyillias94 , ustaz kenapa Allah uji saya. Saya rindukan kebaikan dan menangis di jalan Allah. Rindu waktu tu..indahnya jika bertemu Allah masa tu..saya takut mati dalam keadaan murka Allah.. Kata saya padanya..ujian hidup ini kerana Allah sayang. Setiap orang buat silap tapi yang terbaik yang minta ampun. Allah kenal kita lebih dari kita kenal diri kita sendiri.. Tugas kita menyampaikan. Rasa sayang. Malam kita menangis doakan orang Islam yang lain. Siapa kita dakwah. Semoga Allah terima kita semua. Dalam hidayah dan rahmat Allah.. Kita semua tahu halal dan haram. Usaha kita dalam membantu orang lain itulah perintah Allah. Doakan program #transgender #maknyah 3hari 2mlm bulan depan.-ebitlew #jomDaftarKeluargasunnah #29septmber2018 #matradeKL

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Yang terbaru, Ustaz Ebit juga ada memuatnaik video menziarahi dan bertemu dengan Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida. Apa yang menariknya Nur Sajat juga dijemput bersama-sama bertemu dengan Ustaz Ebit.

Menerusi video ini, Dato’ Aliff dan Nur Sajat meluahkan pandangan masyarakat terhadap mereka dan apa yang terbuku di hati. Nur Sajat sebak dan menitiskan air mata semasa berkongsi cerita.

Baca perkongsian Ustaz Ebit dan tonton video penuh di bawah :

” Sebak dapat ziarah @aliffsyukriterlajaklaris @shahidadherbs dan sajat… kasih sayang kerana Allah. 4 jam kami berbual dari 9mlm sampai 1.30 pagi.. “

” Tahu tak lepas jer live off. Disitu saya lihat dato alif menangis. Sajat dan datin syahida. Tangisan yang buat saya sebak.. “

” Dato alif ada niat nak bersama 3 hari dijalan Allah. InsyaAllah isteri dan sajat juga azam bersama. Mereka banyak minta nasihat saya.. “

” Sampai 1.30pagi dalam cara nak semakin dekat dengan Allah.. Allahuakbar.. Siapa sangkakan. Walau semalam live sampai 21k dekat fb saya.. “

” Balik semalam sampai saya menangis kerana merasai semangat dan keazaman mereka untuk bersama dalam usaha memperbaiki diri dan dakwah ini. Dakwah ini satu usaha berpanjangan.. “

” Keikhlasan dalam bersahabat kerana Allah. Setiap orang ada baik buruk. Bagaimana kita mencari yang baik setiap orang. Keburukan mereka kita bantu untuk mereka tinggalkan.. “

” Tapi ramai ingat dakwah ini macam pil. Makan sebiji pil terus berubah. Jumpa sekali jadi baik.. yaAllah.. Dulu saya lihat kesabaran cikgu saya dalam mendidik, berdoa menangis untuk saya akhirnya saya rasai nikmat kerja dakwah ini.. yang haram dan halal itu jelas.. “

” Usaha untuk memimpin tangan manusia dengan rasa sayang itulah Islam. Hari-hari saya jumpa anak bawah jambatan. Saya ziarah mat rempit. Ziarah artis yang menjadi idola masyarakat.. “

” Semuanya 1 tujuan. Kerana Allah dan sebarkan kasih sayang Islam. Mak saya pesan dulu ada orang sayang kita sekarang giliran kita sayang orang lain.. “

” Saya percaya disebalik setiap orang itu ada doa ibubapanya. Doa Nabi saw. Doa ramai orang. Setiap manusia itu suci yang kotor ialah dosa.. “

” Tugas kita menyampaikan dengan ikhlas dan rasa sayang. Jangan menghina dan menyakitkan hati orang lain.. Tak baik macam tu. Doa Nabi saw selalu Nabi saw sebut. Ya Allah mereka tak tahu, mereka tak faham, berilah mereka hidayah. Ampunkan mereka.. “

” Siang dakwah dengan kasih sayang.. Malam kita minta ampun kerana dosa kita dan minta ampun buat semua orang yang kita jumpa.. “

” Syukur banyak doa dan amalan dapat share. Pohon doa keluarga sunnah 29 september 2018 di matrade kl 8 pagi 5 ptg. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah.. “

 

View this post on Instagram

 

Sebak dapat ziarah @aliffsyukriterlajaklaris @shahidadherbs dan sajat…kasih sayang kerana Allah. 4jam kami berbual dari 9mlm sampai 1.30pagi. Tahu tak lepas jer live off. Disitu saya lihat dato alif menangis. Sajat dan datin syahida. Tangisan yang buat saya sebak. Dato alif ada niat nak bersama 3hari dijalan Allah. InsyaAllah isteri dan sajat juga azam bersama. Mereka banyak minta nasihat saya. Sampai 1.30pagi dalam cara nak semakin dekat dengan Allah.. Allahuakbar..Siapa sangkakan. Walau semalam live sampai 21k dekat fb saya. Balik semalam sampai saya menangis kerana merasai semangat dan keazaman mereka untuk bersama dalam usaha memperbaiki diri dan dakwah ini. Dakwah ini satu usaha berpanjangan. Keikhlasan dalam bersahabat kerana Allah. Setiap orang ada baik buruk. Bagaimana kita mencari yang baik setiap orang. Keburukan mereka kita bantu untuk mereka tinggalkan. Tapi ramai ingat dakwah ini macam pil. Makan sebiji pil terus berubah. Jumpa sekali jadi baik..yaAllah..Dulu saya lihat kesabaran cikgu saya dalam mendidik,berdoa menangis untuk saya akhirnya saya rasai nikmat kerja dakwah ini..yang haram dan halal itu jelas. Usaha untuk memimpin tangan manusia dengan rasa sayang itulah Islam. Hari-hari saya jumpa anak bawah jambatan. Saya ziarah mat rempit. Ziarah artis yang menjadi idola masyarakat. Semuanya 1 tujuan. Kerana Allah dan sebarkan kasih sayang Islam. Mak saya pesan dulu ada orang sayang kita sekarang giliran kita sayang orang lain. Saya percaya disebalik setiap orang itu ada doa ibubapanya. Doa Nabi saw. Doa ramai orang. Setiap manusia itu suci yang kotor ialah dosa. Tugas kita menyampaikan dengan ikhlas dan rasa sayang. Jangan menghina dan menyakitkan hati orang lain.. Tak baik macam tu. Doa Nabi saw selalu Nabi saw sebut. Ya Allah mereka tak tahu, mereka tak faham, berilah mereka hidayah. Ampunkan mereka..Siang dakwah dengan kasih sayang..Malam kita minta ampun kerana dosa kita dan minta ampun buat semua orang yang kita jumpa.Syukur banyak doa dan amalan dapat share.Pohon doa keluargasunnah 29september2018 di matrade kl 8pagi 5ptg. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Apa yang menariknya ada netizen yang bertanya semasa ‘live’ video di Facebook Ustaz Ebit semalam, kenapa Ustaz Ebit tak peluk Nur Sajat seperti kebiasaan Ustaz Ebit lakukan semasa berjumpa golongan LGBT. Ini respon Ustaz Ebit :

” Hari ini saya tak peluk sebab Sajat pakai tudung, takkan saya nak peluk, kang terkejut isteri saya kat rumah siapa pulak saya peluk kan.. ” kata Ustaz Ebit secara bergurau.

Untuk menonton video penuh yang ‘live’ di Facebook Ustaz Ebit malam tadi, boleh tonton video di bawah ini :

Rata-rata netizen memuji usaha Ustaz Ebit berjumpa ketiga-tiga usahawan berjaya ini. Ramai yang mendoakan semoga Nur Sajat mendapat hidayah daripada Allah asbab dari perjumpaan ini. Antara komen-komen netizen :

” Semoga Sajat mendapat hidayah Allah..Aamiin… “

” Semoga terbuka pintu hidayah buat mereka. Kita x bole claim org tu sentiasa buat salah selamanya..pintu taubat tu Allah sentiasa buka.. pls jgn kecam org…manusia ni sama shj nilainya di sisi Allah spt yg ust ebit ckp tu..xde lebih xde kurang..kita nampak baik sbb Allah tutup aib kita..jg la aib diri masing2..semoga aib kita ditutup juga…kita doakan yg terbaik buat mereka.. “

” In shaa Allah ni semua dakwah untuk kita yang melihat juga.. Semoga ini asbab hidayah buat kita.. “

” Murninya hati ustaz..semoga Allah panjangkan usia diberi kesihatan baik yg berterusan utk terus berdakwah.. “

” Doa yang baik2 semoga Allah perkenankan doa kita untuk sama2 dlm rahmat Allah dan kebaikan… “

” Alhamdulillah terbaik ustaz..saya suka cara ustaz berdakwah..action speak louder than words..semoga urusan dakwah d permudahkan Allah dn semoga memberkati usaha ustaz.. “

Tahniah kepada Ustaz Ebit yang tidak pernah kenal untuk berputus asa menyampaikan dakwah khususnya bagi yang memerlukan. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Dato’ Aliff, Datin Shahida dan tidak lupa juga Nur Sajat.

Sumber : IG / FB Ustaz Ebit Lew by Berita Kopak