COMEL JE BUDAK NI NASIHAT AYAH DIA : “Ayah, Dengar Saya Cakap Ni… Jangan Panggil Saya Puteri, Saya Bukannya Puteri, Sebabnya Ialah…”

COMEL JE BUDAK NI NASIHAT AYAH DIA : “Ayah, Dengar Saya Cakap Ni… Jangan Panggil Saya Puteri, Saya Bukannya Puteri, Sebabnya Ialah…”

Setiap kali anak kecil mula bercakap dengan ibu atau bapanya, ia boleh menjadi sangat lucu. Mereka kadang-kadang kelihatan begitu matang dalam bercakap cuma usia mereka yang masih muda dan muka mereka yang masih kanak-kanak menjadikan ianya begitu menghiburkan.

Begitu juga dengan kanak-kanak yang bernama Joanna atau nama manjanya Jojo ini, bintang kecil yang comel ini menjadi viral sejak bapanya merakamkan perbualannya yang lucu dan memuatnaik ke media sosial.

Kebanyakan gadis kecil menyukai jika mereka dipanggil dengan gelaran “Puteri,” JoJo tidak membenarkan dia dipanggil gelaran tersebut oleh ayahnya atas beberapa sebab. Dalam video yang lucu itu, JoJo memberitahu ayahnya bahawa jangan memanggilnya dengan gelaran puteri kerana dia tidak mempunyai gelang berkilau, pakaian cantik serta mahkota seperti seorang puteri.

Apabila ayahnya cuba menjelaskan kepada kanak-kanak itu bahawa dia adalah seorang puteri kerana ayahnya adalah seorang raja, dia membetulkan ayahnya. “Tidak, anda bukan. Anda seorang ayah.”

Dia memberitahu ayahnya supaya merakam video dan bukan mengambil gambar…

Dia memberitahu ayahnya supaya jangan bertanya dan jangan bercakap kerana dia akan bercakap dulu…

Seorang Puteri Tidak akan bermain dengan kotor seperti tanah atau pasir…

Seorang puteri memiliki pelbagai barang katanya…

Pelbagai sebab lagi yang diberikan kepada ayahnya supaya jangan memanggilnya dengan gelaran puteri. Reaksinya itu benar-benar menghiburkan ramai orang yang menontonnya dan telah ditonton oleh jutaan orang.

Dan akhirnya, ayahnya membeli barang-barang seperti yang dikatakan olehnya dan Joanna membenarkan ayahnya memanggilnya dengan gelaran puteri.

Kanak-kanak ini benar-benar telah menghiburkan seluruh dunia!

Tonton VIDEO Penuh Sebab Joanna Tidak Benarkan Ayahnya Memanggilnya Puteri di Bawah ini

Apa Pendapat Anda?

Terima Kasih Kerana Membaca Artikel ini.

Silakan SHARE Untuk Kami Terus Memberikan Artikel-Artikel Terbaik!

Sumber : Lomelino Kids / Disediakan Oleh Beritakopak.org