ANAK AYAH MAKAN LAH YE, AYAH TAK LAPAR….

ANAK AYAH MAKAN LAH YE, AYAH TAK LAPAR….

DAHULU sewaktu kita kecil pasti ayah kita selalu membelikan kita jajan atau sesuatu sewaktu dia pulang. Dia membelinya bukan bermakna ayah kita ada duit yang banyak, tetapi kerana dia mengingati kita yang menunggunya di rumah.

Dia tidak pernah mahu mengecewakan kita walaupun dia tidak punya apa. Kerana penatnya tidak akan terasa bila dia bertemu kita.

Ada juga seorang ayah yang berkerja keras hanya untuk membelikan kita sesuatu. Dan kerja kerasnya memang cuma cukup untuk membeli apa yang kita mahu, kadang-kadang tidak punya baki sedikit pun dipoketnya. adakah dia akan merasa sedih?

TIDAK. Kerana penatnya tidak terasa kerana melihat kita gembira menerima sesuatu yang kita inginkan.

Ayah, ketika ini aku sangat merindukanmu. Rindu mendengar suaramu memberi salam. Rindu mendengar nasihatmu yang lembut. Rindu melihat wajahmu yang penuh kasih.

Kami merindukan susuk itu,

Seorang ayah,

Yang selalu membimbing,

Seorang ayah,

Yang selalu melayani,

Seorang ayah,

Yang selalu mengasihi.

Jadi, kepada yang masih mempunyai ayah, anda bertuah kerana masih mendapat kasih seorang ayah. Kepada ayah yang telah pergi, dirimu tidak tergantikan, mari kita doakan semoga dirinya senantiasa dicucuri rahmatNYA.

Ayah, Tika Ini Kami sangat Merinduimu!

Apa Pendapat Anda?

Terima Kasih Kerana Membaca Artikel Ini.

Silakan SHARE Untuk Kami Terus Memberikan Anda Berita Dan Cerita Menarik!

Sumber : Eris Riswandi Facebook / Disediakan Oleh Beritakopak.org