Wanita Ini Melayan Ibunya Yang Berusia 90 Tahun Dengan Begitu Kasar, Tidak Selayaknya Seorang Ibu Yang Membesarkannya Diperlakukan Demikian…

Wanita Ini Melayan Ibunya Yang Berusia 90 Tahun Dengan Begitu Kasar, Tidak Selayaknya Seorang Ibu Yang Membesarkannya Diperlakukan Demikian…

Beberapa hari ini di media sosial tular sebuah video mengenai ibu berusia 90 tahun yang dipukul oleh anak perempuannya sambil menjerit dimukanya. Insiden tersebut dipercayai berlaku di Ho ci Min City, Vietnam.

Mendapat maklumat dari media massa, pihak berkuasa menghantar pasukan pemeriksaan untuk untuk menyiasat kandungan klip video tersebut yang mendapat kecaman dan kemarahan dari para teizen di media sosial. Mereka meminta pihak berkuasa menjelaskan dan menyiasat insiden yang berlaku itu.

Ibunya kelihatan sangat tua dan begitu lemah

Pihak berkuasa menyiasat wanita tersebut yang bernama Nguyen Thi Kim Duyen, didakwa telah melakukan secara kasar secara lisan dan fizikal terhadap ibunya yang bernama Nguyen Thi Kim (berumur 93 tahun, yang tinggal bersamanya di rumah).

Dia mengangkat ibunya dan mencampaknya dengan begitu kasar

Wanita tersebut berkata ibunya telah tinggal bersama dia selama bertahun-tahun. Kebanyakan makan, mandi, tidur Kim semuanya ditanggung oleh Cik Duyen.

Kerana usianya yang tua, lemah dan telinga hilang pendengaran, Kim tidak dapat mendengar dengan jelas. Nguyen Thi KimDuyen harus bercakap dengan kuat, supaya ibunya mendengar.

Kim mempunyai empat orang anak, tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki. Sejak suaminya meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, Kim telah tinggal bersama Cik Duyen.

Seorang jiran yang tinggal di belakang rumah mereka, Encik Van Dinh Hoa berkata yang Kim tidak dapat mendengar dengan baik dan anaknya akan bercakap dengan kuat ditelinganya. Walau bagaimanapun, Encik Hoa menegaskan yang ianya tidak dapat mengesahkan siapa di dalam video tersebut. tetapi menurutnya, video tersebut adalah sesuatu yang melampau dan ianya perlu disiasat.

Tonton VIDEO Penuh Anak berlaku Kasar kepada Ibunya di Bawah Ini

Apa Pendapat Anda?

Terima Kasih Kerana Membaca Artkel ini.

Silakan SHARE Untuk Kami Memberi Anda Berita Dan cerita Yang Terbaik!

Sumber : Tin 60s / Diterjemahkan oleh Beritakopak.org