Tarian ‘Burung Belatuk’ Ramaja Perempuan Ini Menjadi Viral Dan Buat Ramai Yang Gelak. Serius Kelakar !!

Tarian ‘Burung Belatuk’ Ramaja Perempuan Ini Menjadi Viral Dan Buat Ramai Yang Gelak. Serius Kelakar !!

Baru-baru ini ada satu video seorang remaja menjadi viral di Thailand. Menerusi video itu, seorang pelajar wanitasedang asyik menari sebaik sahaja muzik dimainkan di salah sebuah sekolah di Thailand.

Pelajar wanita itu menari dan menggoyangkan badannya di hadapan pelajar-pelajar lain di satu kawasan lapang di sebuah sekolah. Remaja wanita itu tanpa segan silu menggerakkan badan dan pinggulnya. Dia menari seolah-olah dia seorang penari profesional.

Apa yang menariknya, tariannya sangat unik dan kelakar. Seolah-oleh seperti tarian burung belatuk. Aksinya yang ‘sporting’ dan bersahaja itu membuatkan semua yang berada di situ terhibur dan memberi sorakan sebagai tanda sokongan.

Tiba-tiba seorang lagi rakannya muncul dan turut serta menari bersamanya membuatkan jeritan dari pelajar lain semakin kuat. Pergerakkan tarian rakannya ini tidak kurang juga uniknya dan melucukan.

Salah seorang pelajar di sekolah itu yang merekod video ini telah memuatnaik video ini di media sosial. Melalui perkongsian pelajar itu, video itu akhirnya menjadi viral dan tersebar di negara Thailand.

Rata-rata netizen sangat terhibur dan memberikan komen dan respon yang sangat positif. Walaupun begitu masih ada yang mengecam tarian remaja wanita itu yang dikatakan seperti tarian yang ‘over’ atau melampau.

Apa-apa pun, tujuan sebenar pelajar ini menari sebegitu adalah hanya untuk hiburan semata-mata. Namun begitu dia tidak mempedulikan komen-komen pedas yang dilemparkan kepada di media sosial.

Jom tonton video penuh di bawah :

Serius unik, kelakar dan menghiburkan tarian remaja ini kan ?

Silakan SHARE dan tag rakan-rakan anda.

By Berita Kopak

Kanak-Kanak Ini Menangis Atas Pentas Tapi Tetap Meneruskan Tariannya Sampai Habis. Alahai Super Duper Cute !!

Apabila menghantar anak masuk ke sekolah tadika atau kindergarteen pastinya rasa sangat gembira. Anak yang kita jaga dari kecil sekarang sudah melangkah ke alam persekolahan.

Biasanya pihak sekolah atau pihak tadika akan menjemput ibu bapa untuk menonton persembahan anak-anak mereka di atas pentas pada hari-hari tertentu seperti hari penyampaian hadiah.

Ibu bapa pastinya sangat seronok dan tidak sabar menyaksikan persembahan anak-anak mereka. Anak-anak akan dilatih oleh guru-guru mereka di sekolah sebagai persediaan sebelum membuat persembahan.

Namun terdapat anak-anak kecil yang menjadi kaku, gugup atau malu bila berada di atas pentas kerana berkemungkinan berasa sangat takut apabila melihat ramai orang yang memandang ke arah mereka.

Samalah juga dengan seorang kanak-kanak ni. Walaupun menangis di atas pentas tapi dia tetap meneruskan tariannya hingga habis. Comel betul !

Jom tonton video penuh di bawah :

Comel sangat kan ?

Silakan SHARE..

By Berita Kopak