TAK SANGKA Ini Respon PU amin Mengenai lagu Nasyid Nyanyian Dato’ Aliff Syukri…

TAK SANGKA Ini Respon PU amin Mengenai lagu Nasyid Nyanyian Dato’ Aliff Syukri…

SIAPA yang tidak kenal dengan Aliff Syukri Terlajak Laris ni, rata-rata rakyat Malaysia mengenali dirinya samada dari produk yang dijual ataupun kerana beliau sering dilanda kontroversi.

Baru-baru ini satu lagi kontroversi melanda Aliff apabila dirinya sendiri memuatnaik sebuah video berdurasi 59 saat di Instagram. Video tersebut menunjukkan Aliff sedang meluahkan perasaannya terhadap Pencetus Ummah Azman dan Amin yang mengecam dirinya baru-baru ini.

Kontroversi yang melibatkan Aliff Syukri berterusan sehinggalah kepada klip video lagu Bobo di Mana.

Terbaru Aliff Syukri memuatnaik Video dirinya menyanyikan lagu Nasyid setelah mendapat cabaran supaya menyanyikan lagu-lagu berunsur Islamik. Di Instgaramnya Video tersebut menjadi tular dan dipenuhi pelbagai reaksi dari Netizen.

Dan Video tersebut juga mendapat reaksi yang baik dari PU Amin. Baca tulisan Pu Amin tentang Video tersebut di bawah

Alhamdulillah . Saya sudah menonton video pembikinan music video Dato Alif yang terbaru , maka saya kira ini tanda tanda Dato Alif mahukan kebaikan dan perubahan dengan menyebarkan perdamaian..

Sebagai seorang manusia kita tidak boleh lari dari kesilapan dan kesalahan . Saya yang menegur juga banyak melakukan kesalahan , namun tugas menyampaikan nasihat wajib untuk diteruskan atas dasar amanah dengan wahyu Al Quran..

Dato Alif memulakan cerita ini dengan mewujudkan video bobo dimana , dan dia akhirkan dengan lagu nasyid yang baik mesej nya . Maka kita menghargai dan memuji sikap beliau dengan hikmah dan kasih sayang..

Bagi kita semua berhentilah menggelar tindakan dato alif ini seperti mahu mencuci ketelanjuran nya dengan ‘simbol agama’ , kerana mungkin ini bukti dan cara dia mahu menunjukkan maaf atas ketelanjuran yang dia lakukan . Kalau bukan berbalik pada agama , nak refer pada apa lagi ?.

Saya nasihatkan kepada semua netizen agar berhenti mengeluarkan kata kata , andaian dan kecaman pada beliau dan keluarga . Kita doakan yang terbaik , kita mahukan agar mesej nasihat dan teguran itu sampai pada beliau , dan kini nyata beliau tidak berterusan menjadi degil atau ego , malah beliau terus mahu menyebarkan kebaikan dan kebahagiaan..

Kita juga ada kesalahan . Yang baik kita katakan baik , yang tersilap kita sama sama bermuhasabah . Kita akhiri segalanya dengan doa kepada Allah . Mungkin ketika kita menghina mengecam mengutuk , ketika itu juga dato alif sedang dekat dengan allah , sedang bersujud memohon ampun , sedangkan kita masih rakus menceritakan keburukan nya..

Bobo dimana memang satu kesalahan namun inshaallah kita sama sama akan mengawal dan mengawasi agar tidak wujud lagi music video ini di media sosial . Yang berlalu kita biarkan berlalu . Kita mahukan yang terbaik untuk yang akan akan datang..

Sabda Nabi Saw : Sesungguhnya amalan manusia itu dikira dan dilihat pada pengakhiran nya ..

Wsalam.

Tulisan PU Amin Mengenai Video nasyid Datuk aliff Syukri

Begitulah ulasan PU amin berkenaan video berkenaan dan rata-rata netizen juga memuji video Aliff syukri berkenaan dan berharap supaya beliau terus membawakan imej berkenaan. Semoga pertelingkahan di antara Aliff Syukri dan PU Amin, dapat diselesaikan dengan baik.

Apa pendapat Anda?

Terima Kasih Kerana Membaca Artikel ini, Silakan SHARE Ya!

Sumber : Instagran Pu Amin@pencetusummah_amin / Disediakan Oleh Beritakopak.org