Reaksi Mark Adam Apabila Baby Shima Menyanyi Betul-Betul Di Hadapannya Di Konsert Akhir Big Stage Buat Ramai Yang Gelak. Serius Kelakar !!

Reaksi Mark Adam Apabila Baby Shima Menyanyi Betul-Betul Di Hadapannya Di Konsert Akhir Big Stage Buat Ramai Yang Gelak. Serius Kelakar !!

Malam tadi program realiti nyanyian, Big Stage telah melabuhkan tirainya setelah 8 minggu dan bersiaran langsung dari Wisma MBSA Shah Alam. Setiap peserta membuat dua persembahan, satu lagu nyanyian asal dari penyanyi lain (cover penentuan) dan satu lagu lagi adalah lagu single baru mereka sendiri.

Sarah Suhairi dinobatkan menjadi juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 serta trofi sumbangan astro. Sarah Suhairi menyanyikan lagu single terbarunya, Nyawa & Raga dan lagu Awan Yang Terpilu, nyanyian asal Ning Baizura.

Untuk senarai pemenang dah kisah penuh boleh baca di : Senarai Pemenang Konsert Akhir Big Stage. Tahniah Kepada Semua Pemenang !!

Situasi menjadi sangat menarik ketika Baby Shima membuat persembahan keduanya iaitu lagu Police Entry nyanyian asal  Elizabeth Tan. Baby Shima memulakan persembahan daripada belakang dewan. Kemudian dia terus berjalan menuju ke hadapan barisan juri sebelum naik ke pentas.

Semasa menyanyi di hadapan juri, tiba-tiba Baby Shima melangkah kaki betul-betul di hadapan Mark Adam yang merupakan salah seorang juri jemputan selain Mas Idayu. Baby Shima cuba berinteraksi dengan Mark Adam sambil menyanyi.

Apa yang menariknya, respon Mark Adam membuatkan ramai yang terhibur. Mark Adam terus merapatkan badannya dengan meja juri kemudian mengalihkan mikrofon ke tepi. Mark Adam juga kelihatan memperbetulkan gaya duduknya.

Reaksi Mark Adam membuatkan penonton di dalam dewan bersorak. Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga duduk di meja juri turut ketawa melihat gelagat Mark Adam yang ‘sporting’ itu.

Selepas Baby Shima berlalu menuju ke atas pentas, Mark Adam sambil tersenyum menoleh kepalanya ke arah penonton yang bersorak menonton aksinya itu. Serius kelakar !!

Jom tonton video penuh di bawah :

” Performance yang berani. Berani @babyshimaofficial nyanyi depan juri. Naik bulu roma @markadam1079 lagi.. “

Mark Adam ni tak pernah tak kelakar kan ? Buka mulut sahaja boleh buat orang gelak. Inikah pula telatahnya yang bersahaja itu. Memang terbaik Mark Adam, ‘sporting’ sangat !!

Kepada Baby Shima, walaupun hanya dapat tempat ke 5, teruskan perjuangan dalam bidang seni kerana anda sudah mempunyai ramai peminat di Malaysia dan Indonesia. Perbaiki apa yang kurang untuk majukan diri dan terus berjaya.

Berikut merupakan kedudukan peserta  berdasarkan pemarkahan keseluruhan berdasarkan markah dari pihak juri dan undian di aplikasi TikTok.

Di pentas akhir, pemarkahan dikira berdasarkan 70% dari pihak juri dan 30% adalah hasil undian di aplikasi TikTok.

Juara – Sarah Suhairi
Secara keseluruhan, Sarah telah mendapat 66.05% dimana 59.24% diberi oleh para juri dan 6.81% dari undian di aplikasi TikTok.

Naib Juara – Syafiq Farhain
Markah keseluruhan yang diterima Syafiq adalah 64.37%, 57.27% diperoleh dari pihak juri dan 7.10% dari undian di aplikasi TikTok.

Ketiga – Afieq Shazwan
Afieq telah menerima markah keseluruhan sebanyak 62.17% hasil gabungan pemarkahan pihak juri sebanyak 56.31% dan 5.86% dari undian di aplikasi TikTok.

Keempat – Wani Kayrie
Secara keseluruhan, Wani telah mendapat markah sebanyak 62.15%, 57.44% diperoleh dari pemarkahan pihak juri dan 4.71% dari undian di aplikasi TikTok.

Kelima – Baby Shima
Shima telah menerima markah keseluruhan sebanyak 58.56% dimana 53.03% diperoleh dari pihak juri dan 5.53% hasil undian di aplikasi TikTok.

Tahniah kepada Sarah Suhairi dan semua pemenang..

Sumber : Gempak.Com / Astro Gempak by Berita Kopak