Norman Hakim Muatnaik Video Ulang Tahun Perkahwinannya Yang Ke-7 Berserta Ucapan Romantis, Ramai Peminat Puji Pasangan Bahagia Ini…

Norman Hakim Muatnaik Video Sempena Ulang Tahun Perkahwinannya Yang Ke-7 Berserta Ucapan Romantis, Ramai Peminat Puji Pasangan Bahagia Ini…

SEDAR tak sedar Norman Hakim telah tujuh tahun melayari alam rumahtangga bersama isterinya, Memey Suhaiza. Perkahwinan mereka yang pada mulanya diwarnai dengan sedikit kontroversi tidak sekalipun menjejaskan kebahagian rumahtangga mereka sehingga sekarang.

Mereka dilihat begitu serasi dan bahagia bersama di samping cahayamata yang menambah seri pada kehidupan mereka.

Pada Instagram terbarunya, Norman Hakim memuatnaik sebuah video berserta ucapan untuk isterinya sempena Ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-7. Kata-kata manis untuk isterinya begitu romantis yang mengambarkan hidup mereka yang penuh bahagia selama ini.

Tulisan beliau untuk Isterinya, Memey Suhaiza

normanhakim_786 “Allah Ya Tuhanku yang menyatukan dua hati ini… Engkau tebarkanlah ke dalam hati kami perasaan kasih sayang antara satu sama lain sebagaimana Engkau satukan hati junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W dengan Saidatina Khadijah R.A untuk kami saling mencintai, menyayangi & saling menghargai hingga sampai ke syurgaMu… Aamiin Ya Rabb”

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KITA YANG KE-7 ISTERI❤️… terima kasih kerana sudi menjaga segala keperluan diri ini dan anak-anak,memasak & menerima suamimu ini seadanya… semoga terus setia menjadi makmumku hingga ke syurga ye cayang…I ❤️U.

Ramai peminat yang turut mengucapkan ulangtahun perkahwinan buat pasangan ini. Rata-rata menyifatkan mereka adalah pasangan yang sungguh bahagia dan serasi bersama.

Semoga diharapkan pasangan ini akan terus bahagia dan tabah mengharungi ujian yang datang. Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan yang Ke-7!

Tonton VIDEO Penuh di Bawah

Apa Pendapat Anda?

Terima Kasih Kerana Membaca Artikel ini. Silakan SHARE  Ya!

Sumber : Instagram Khalifah Allah@normanhakim_786 / Disediakan Oleh Berita Kopak