Kos Paper Bag Untuk Majlis Mahal?… Apa Kata anda Buat Sendiri, Menjimatkan Dan Nampak Ekslusif lagi…. Lihat VIDEO Di Bawah

Kos Paper Bag Untuk Majlis Mahal?… Apa Kata Anda Buat Sendiri, Menjimatkan Dan Nampak Ekslusif lagi…. Lihat VIDEO Di Bawah

Membuat sesuatu majlis semestinya memerlukan belanja yang lebih bergantung kepada besarnya majlis tersebut. Membeli papaer bag untuk meletakkan cenderahati juga kadangkala bukan mengeluarkan kos yang sedikit.

Tetapi di sini kami kongsikan sebuah video bagaimana anda boleh menjimatkan kos tersebut dengan cara membuat sendiri. selain menjimatkan ianya lebih berpuas hati kerana ianya hasil kerja tangan anda!

Sumber Gambar : Youtube Innova Craft

Mari kita lihat cara membuatnya!

Bahan-bahan yang diperlukan:

Kertas warna warni atau kertas bercorak.

Gam

Gunting

Riben


Sumber Gambar : Youtube Innova Craft

Cara membuatnya :

Mula-mula lipat kertas menjadi 2 bahagian untuk membuat batas tengah, kemudian buka semula lipatan tersebut.


Sumber Gambar : Youtube Innova Craft

Kemudian lipat bahagian kiri dan kanan kertas ke garis tengah yang dibuat tadi. Seterusnya gamkan di bahagian hujung kertas sebelah kiri dan lekatkan pada hujung lipatan sebelah kanan. Maka kertas akan membentuk persegi panjang.

Ambil bahagian bawah kertas dan lipat sehingga selebar 3 jari. Kemudian buka lipatan hingga membentuk segitiga. Gam di bahagian bawahnya. Bahagian ini digunakan sebagai tapak bahagian bawah beg apabila ianya didirikan.


Sumber Gambar : Youtube Innova Craft

Kemudian lipat ke bahagian dalam bahagian kiri dan kanan kertas supaya bag memiliki lipatan di bahagian sisinya.

Akhir sekali lipat-lipatkan bahagian atas kertas seperti membuat kipas kemudian ikat dengan menggunakan riben.


Sumber Gambar : Youtube Innova Craft

Untuk lebih Faham Anda Boleh Tonton VIDEO Di Bawah Ini

Terima Kasih Membaca Artikel Ini. Silakan SHARE Ya!

Sumber : Youtube Innova Craft