Dato’ Aliff Syukri ‘Belanja’ Video Pembikinan Muzik Video Lagu Nasyidnya. Fuhhh Memang Terbaik !!

Dato’ Aliff Syukri ‘Belanja’ Video Pembikinan Muzik Video Lagu Nasyidnya. Fuhhh Memang Terbaik !!

Setelah menerima kecaman dan kritikan hebat dari pelbagai pihak, usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Aliff Syukri menyahut cabaran orang ramai yang memintanya menyanyikan lagu nasyid.

Sebelum ni, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan lagu ‘Bobo dimana”, lagu nyanyian Dato’ Aliff yang berkoloborasi dengan rakan baiknya, Nur Sajat dan Lucinta Luna dari Indonesia. Lagu ini menerima pelbagai kutukan dan kecaman kerana tariannya dianggap tidak senonoh dan agak keterlaluan.

Tetap kali ni rakyat Malaysia akan dikejutkan sekali lagi dengan lagu nasyid pula yang dinyanyikan oleh Dato’ Aliff bersama isterinya, Datin Shahida dan bakal dilancarkan di Youtube pada hari rabu ini.

Menerusi akaun instagam miliknya, Dato’ Aliff berkongsi beberapa sedutan rakaman pembikinan muzik video lagu nasyid tersebut. Lagu yang bertemakan keagaamaan dan ketuhanan ini bertajuk Kedamaian Bukan Perbalahan yang dicipta oleh komposer dan penyanyi nasyid terkenal Hafiz Hamidun.

Suara Dato’ Aliff mendapat pujian ramai yang mengatakan suaranya kedengaran lebih merdu dan sesuai dengan lagu nasyid seperti ini.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Maaf suara isteri saya terpaksa di mute sbb nak buat suprisee… sebenarya tak sabar nak tunggu rabu ni sbb nak release di youtube dan semua platform digital… “

” Muzik video wife @shahidadherbs fiture sy.. dan paling penting semua hasil sentuhan @aliffsyukriterlajaklaris … tanpa mennggunakan production luar.. ”

” Dengan tajuk agama kedamaian bukan perbalahan.. komposer @hafizhamidun “

Rata-rata netizen menyukai Dato’ Aliff menyanyikan lagu berbentuk ketuhanan ini. Antara komen-komen netizen :

” Yg ni tak sabar nak dgr.. good job both of u.. sy sokong klu lagu cmni.. tahniah.. “

” Suara dato sesuai nyanyi lagu nasyid, sedap kedengaran.. teruskan dato “

” Rasa tenang la dengar lagu ni.. x macam bobo serabut ja.. peace dato.. “

” Teruskan usaha dato’ dgn lagu islam mcm ni… in shaa Allah dato’ sekeluarga blh jd contoh yg baik pd semua, wallahualam “

” Alhamdulilah… Kdg dtg bermacam2 kecam buat dato ,, Tguran drp Allah.. dato bersyukur Ramai kecam ,ramai Komen mcm2 inI bermakna ramai prihatin trhdp dato Dan kelurga dato…. Tak guna jgk org puji tinggi2,, .kalau benda tu Tak sedap mata org memandang.. org yg sentiasa puji tu Ada xbetul nya tu..so semoga dato trus dirahmati.. “

Dato’ Aliff mengharapkan sokongan dan respon yang baik dari semua pihak terutama sekali kepada netizen yang diluar sana yang tidak habis-habis menghentamnya.Tambahnya lagi, beliau sudah berusaha yang terbaik untuk  menyanyikan lagu ni.

Semoga Dato’ Aliff dan Datin Shahida terus istiqamah dalam melakukan apa jua kebaikan. Tak sabar nak tunggu hari rabu ini !!

Sumber : IG Dato’ Aliff Syukri by Berita Kopak