” Malas nk cakap banyak-banyak . Hijrah kene kecam , jadi pondan balek kene kecam , lepas ni hijrah balik pun org cakap marketing…”- Safiey illias.

” Malas nak cakap banyak-banyak . Hijrah kene kecam , jadi pondan balek kene kecam , lepas ni hijrah balik pun org cakap marketing…”- Safiey illias.

Seperti diketahui, ustaz Ebit Lew adalah seorang ustaz yang selalu mendampingi golongan-golongan yang selalu kita istilahkan sebagai jauh dari agama, gelandangan, mat-mat rempit dan sebagainya. Beliau mempunyai cara tersendiri dalam menyampaikan kebaikan Islam. Sikapnya yang lembut dan santun banyak membuatkan orang kembali ke jalan yang diredhai.

dalam Instagram terbarunya Ustaz ebit Lew memuatnaik video dan coretan bagaimana beliau menemui selebriti kosmetik yang penuh kontroversi iaitu Safieyillias.

Baca Coeretan beliau di bawah seperti dipetik dari instagram beliau

Tadi mesej @safieyillias94 . Dah sebulan ni kami mesej-mesej. Janji untuk jumpa kerana Allah.. Syukur hari ini balik dari ceramah sehari di ipoh terus ke jumpa safiey. 3jam kami berbual berkongsi. Saya lihat air mata seorang insan yang benar-benar ingin bangkit semula.

Rindukan saat dijalan Allah.. Sedang mencari kekuatan untuk terus dekat diri pada Allah..saya tahu perasaan itu. Tak mudah tapi insyaAllah..Allah beri jalan…tadi beliau sambut saya dengan baik walai tiba-tiba nak ke rumahnya.. Beliau rindu sangat nak belajar perbaiki diri dan keluar di jalan Allah.

Saya doakan safiey dapat bangkit dan sama-sama kita mendekatkan diri pada Allah. Kita semua sama sedang perbaiki diri dan saya sendiri belum tahu nasib akhir saya. Ayuh kita berlari menuju pada Allah..Allah sayang kita- ebitlew

Safieyillias juga memuatnaik kisah beliau menemui Ustaz Ebit Lew di Instagramnya dan menulis di Instagramnya seperti di bawah

Siapa yg nk ckp marketing ke apa terpulanglah ya . Ni baca sendiri apa ustaz @ebitlew tulis . Malas nk ckp banyak2 . Hijrah kene kecam , jadi pondan balek kene kecam , lepasni hijrah balik pun org cakap marketing . Entahlah syinta2 semua , pening jap Maaf x smpt nk reply DM2 yg bg kata smgt sebab tak berapa sihat demam lepas balik jakarta . .

Tak caya tengok je la mesti ada yg komen bukan2 . Benda ni yg buat org patah smgt nk hijrah .

Screenshot dari Instagram safieyillias

Walaupun segelintir netizen menyifatkan ini adalah teknik beliau menarik pelanggan , tetapi rata-rata netizen mendoakan agar kali ini beliau benar-benar insaf dan mendoakan beliau agar kembali ke jalan yang diredhai sepertimana beliau pernah melaluinya dulu.

Antara komen dari netizen seperti di petik dari Instagram safieyillias

Walaupun segelintir netizen menyifatkan ini adalah teknik beliau menarik pelanggan , tetapi rata-rata netizen mendoakan agar kali ini beliau benar-benar insaf

Apapun kita sebagai manusia hendaklah mendoakajn agar semua umatnya termasuk kita sendiri agar dibukakan hati supaya senantiasa berada di dalam rahmatNYA. Begitu juga safieyIllias, semoga beliau dapat menemui jalan yang benar dan dibukakan hati beliau agar menjadi muslim yang diredhai.

Tonton VIDEO pertemuan Ustaz Ebit Lew Dan Safieyillias Di Bawah

Apa pendapat Anda?

Terima Kasih Kerana Membaca Artikel Ini. Silakan SHARE Ya!

Sumber : Instagram Safieyillias / Instagram Ustaz ebit Lew / Disediakan oleh beritakopak.org