Kipas Berhabuk ? Rupanya Mudah Saja Cara Nak Cuci Kipas. Modal Tak Sampai RM1 Pun. Ini Caranya Yang Ramai TAK TAHU !!

Kipas Berhabuk ? Rupanya Mudah Saja Cara Nak Cuci Kipas. Modal Tak Sampai RM1 Pun. Ini Caranya Yang Ramai TAK TAHU !!

Untuk menjimatkan tenaga elektrik, kadang-kadang orang memilih untuk menggunakan kipas berbanding penghawa dingin. Walau bagaimanapun, apabila sudah lama digunakan, secara perlahan-lahan permukaan dan bahagian jaring kipas akan menjadi kotor dan berhabuk.

Ramai orang yang rasa malas untuk membersihkan kipas kerana mereka merasakan ianya sangat rumit apabila kena menanggalkan penutup, basuh dan kemudian memasangnya semula.

Habuk yang melekat pada kipas tidak mudah dibersihkan, tetapi ada satu cara lain untuk membersihkan kipas tanpa perlu membuka penutup.

Pertama, lihat dengan teliti pada bentuk dan struktur penutup kipas. Jika kita tahu bagaimana strukturnya dengan baik, proses pembersihan akan menjadi lebih mudah.

Kemudian, sediakan satu span. Belah beberapa bahagian pada span itu menjadi petak-petak seperti dalam gambar (boleh disesuaikan dengan bentuk penutup kipas). Jangan belah sehingga habis (putus) ke bawah, hanya potong separuh dari ketinggian span itu.

Selepas itu, tuang sedikit sabun pada bahagian span yang dibelah itu.

Kemudian, anda hanya perlu menggosok penutup kipas menggunakan span yang telah diisi sabun tadi.

Selepas selesai, anda akan mendapati banyak habuk yang melekat pada span.

Akhir sekali, gunakan kain basah untuk mengelap dan membersihkan sabun pada penutup kipas itu.

Taaa daaa !! Mudah kan ? Semoga berjaya…

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : How01 by Pasti Seru / Terjemahan Oleh Berita Kopak

Tips Untuk Habuk Tidak Melekat Pada Kipas. Hanya Dengan 1 BAHAN ini SAHAJA. Gerenti BERKESAN…

Bagi mereka yang mementingkan kebersihan, kewujudan habuk pada bilah-bilah kipas pastinya merupakan sebuah pemandangan yang menyakitkan mata. Tambahan pula sekiranya anda baru sahaja membersihkan kipas anda pada beberapa hari yang lepas, habuk pada kipas anda sudah meletak seseolah ianya tidak pernah dibersihkan.

Percaya atau tidak, masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan bahan yang sudah tersedia ada dengan cara yang mudah sahaja tanpa perlu berbelanja lebih.

Caranya mudah seperti diterangkan di bawah:

1. Mula-mula basuh dan bersihkan kipas terlebih dahulu dan bila ke semua habuk sudah dibersihkan, tuangkan pelembut pakaian ke dalam penutup botol tanpa perlu dicampurkan dengan air.

2. Kemudian, celupkan span ke dalam cecair pelembut ini dan sapukan kepada permukaan bilah-bilah dan jaring kipas.

3. Biarkan selama 5 minit sebelum anda membilaskan ia dengan air. Keringkan dan pasangkan kembali kipas anda setelah itu.

Senang kan ? Untuk kipas meja atau kipas dinding pun boleh juga yer.. Selamat mencuba !

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : Abangterlajaklaris / Dikemaskini Oleh Berita Kopak