” Tolong ! Tolong ! Tolong ! Jangan sebarkan cerita palsu pasal kemati@n. Doakan ayah saya.. ” – Syafiq Farhain

” Tolong ! Tolong ! Tolong ! Jangan sebarkan cerita palsu pasal kemati@n. Doakan ayah saya.. ” – Syafiq Farhain

Peserta Rancangan Big Stage, Syafiq Farhain yang juga anak kepada penyanyi Saleem, meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu mengenaik kematian ayahnya.

Saleem yang merupakan vokalis kumpulan Iklim terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Grand Saga pada hari Khamis yang lalu. Saleem dilaporkan cedera parah selepas 12 tulang rusuknya patah termasuk satu daripadanya tertusuk paru-paru.

Kemalangan itu berlaku apabila Saleem yang menunggang motosikal menghala ke Cheras berlanggaran dengan sebuah kereta dari arah laluan yang sama berhampiran Plaza Tol Batu 11, Kajang.

Kini, Saleem berada di Hospital Kajang untuk rawatan. Keaadan Saleem dilaporkan parah tetapi stabil.

Menerusi akaun instagram, Syafiq Farhain yang akan berentap merebut gelaran juara di Konsert Akhir Big Stage malam esok, berkongsi video di hospital. Perkongsian ini membuatkan peminat-peminat Saleem lega apabila mengetahui berita kematiannya itu tidak benar.

Baca perkongsian Syafiq di bawah :

” Tolong !! Tolong !! Tolong !! Jangan buat jangan sebar jangan viral cerita palsu pasal kematian.. “

” Sama-sama doakan ayah sy semoga cepat sembuh.. aamiin.. “

Rata-rata netizen juga terkejut mendengar berita palsu kematian Salem. Ramai yang mendoakan Salem supaya cepat sembuh. Antara komen-komen netizen :

” Laa . Palsu upenye . Sbaik terdetik nk tgk ig abggg.. “

” Saya doakan Ayahda Syafiq sembuh dengan kesembuhan yg terbaik. Semoga sekeluarga dikurnia ketabahan & kesabaran atas ujian ini.. “

” Syafiq.. stay strong k.. jgn sesekali down..doakan ayah cepat sihat k.. abaikan mulut2 jahat yg sebarkan kenyataan palsu..sy dgr knyataan tu cpat2 sy tgok ig awk n sy yakin itu palsu sbb dlm ig awk xde mngesahkan.. teruskn mmberi sokongan pd ayahandamu ye.. “

” alhmdulillah dik..semoga di angkat p,nyakit ayah dan diberi k,sembuhan dengan secepat mungkin..dan semoga dipermudahkan segala urusan..Aamiin..Aamiin..Aamiin.. “

” Semoga Ayah Salem diberikan kekuatan oleh Tuhan melawan penyakitnya. Tetap kuat dan tegar abg @syafiqfarhain dalam menghadapi ini. Pertolongan dari Allah SWT yang memberikan kekuatan kepada keluarga ayah. Dari fans ayah di Indonesia. Doa terbaik bagi keluarga ayah.. “

Sama-sama kita doakan agar Saleem cepat sembuh dan kembali sihat dan aktif. Kepada Syafiq Farhain, buat yang terbaik untuk konsert akhir Big Stage malam esok.

Sumber : IG Syafiq Farhain by Berita Kopak