Senarai Penuh Pemenang Super Spontan Xtravaganza 2018. Tahniah Kepada Semua Pemenang !!

Senarai Penuh Pemenang Super Spontan Xtravaganza 2018. Tahniah Kepada Semua Pemenang !!

Super Spontan Xtravaganza 2018 bersiaran lagi pada tahun ini. Kali ini mengumpulkan lebih ramai pelakon, pelawak, dan penyanyi dalam satu kumpulan dan masih mengekalkan pengacara musim sebelum ini iaitu Dato’ AC Mizal dan Amir Raja Lawak sebagai pencetus kontroversi.

Peserta dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu Lobster Leleh dan Sotong Kangkung. Selain melibatkan peserta yang baru, beberapa permainan yang baru turut diperkenalkan.

Rancangan ini dimulakan dengan 16 peserta, 8 peserta setiap kumpulan. Hanya 2 peserta wanita yang mengambil bahagian iaitu Siti Elizad dan Zara Zya.

Peserta yang baru pertama kali menyertai Super Spontan adalah Izzue Islam, Modee, Nizam JJ, Joey, Tomok, Jaa Suzuran, Anas dan kedua-dua peserta wanita.

Super Spontan Xtravaganza 2018 baru sahaja melabuhkan tirainya. Enam orang finalis iaitu Achey Bocey, Fad Bocey, Izzue Islam, Atu Zero, Shahrul Shiro dan Joey berentap secara individu. Tiada lagi kumpulan Lobster Leleh dan Sotong Kangkung.

Finalis yang menang dan bergelar juara akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 serta membawa pulang sebuah trofi.

Super Spontan Xtravaganza 2018 yang berlangsung pada hari Jumaat, 21 September 2018 juga bersiaran secara langsung bermula jam 10 malam dan ditayangkan serentak menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (saluran 124).

Penyanyi, Ismail Izzani membuka pentas Super Spontan Xtravaganza dengan menyanyikan sebuah lagu bagi memeriahkan lagi malam final ini. Pelakon Ayda Jebat dijemput untuk menjadi Commentator menemani Dato Adlin Shauki dan Adibah Noor.

Sebelum pengumuman pemenang, pelakon Cilik, Puteri Balqis dijemput naik ke atas pentas untuk menerima sumbangan wang sebanyak RM5000.

Berikut ialah senarai pemenang final Super Spontan Extravaganza Superstar 2018 :

Tempat Keenam – Shahrul Shiro (RM5,000)

Tempat Kelima – Joey (RM5,000)

Tempat Keempat – Atu Zero (RM5,000)

Tempat Ketiga – Achey Bocey (RM25,000 dan trofi)

Tempat Kedua – Izzue Islam (RM50, 000 dan trofi)

Juara – Fad Bocey (RM100,000 dan trofi)

Fad Bocey buat pertama kalinya menjadi juara untuk rancangan Super Spontan ini. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Fad Bocey dan semua pemenang. Teruskan mewarnai hari-hari kami dengan komedi-komedi anda.

By Berita Kopak