Nak Makan Kat Kedai Makan Pun Tak Senang Sekarang Ini. Perhatikan Apa Yang Wanita Berbaju Biru Ini Cuba Lakukan !!

Nak Makan Kat Kedai Makan Pun Tak Senang Sekarang Ini. Perhatikan Apa Yang Wanita Berbaju Biru Ini Cuba Lakukan !!

Bagi yang tidak berkesempatan memasak di rumah, kebiasaannya akan mengunjungi kedai-kedai makan atau restoren untuk menjamu selera.

Antara faktor lain yang membuatkan orang makan di kedai makan adalah berjumpa dengan rakan-rakan, berkumpul dengan ahli keluarga, ingin mencuba sesuatu menu dan banyak lagi.

Namun awas kerana ada yang memerhati pergerakan kita. Yang terbaru, satu video kejadian ragut di kedai makan menjadi viral di media sosial.

Rakaman menunjukkan seorang wanita meragut dan melarikan telefon pintar milik seorang remaja perempuan yang sedang makan di sebuah restoran. Perempuan pun sudah berani meragut terang-terangan sekarang ini.

Menerusi video berkenaan, seorang wanita berbaju t-shirt berwarna biru mundar mandir di hadapan sebuah kedai makan. Kelihatan 2 remaja perempuan sedang menjamu selera di bahagian luar kedai makan itu sambil membelek-belek telefon bimbit mereka.

Wanita yang berbaju biru itu masuk ke dalam kedai makan itu dan berpura-pura untuk menengok menu yang ada. Kemudian dia memandang ke arah meja makan yang diduduki oleh 2 remaja perempuan itu sambil mundar mandir keluar dari kedai.

Tak lama selepas itu, dia terus masuk kembali ke dalam kedai dan meletakkan menu kembali di atas meja yang diambilnya. Tiba-tiba wanita itu merampas telefon bimbit yang dipegang oleh salah seorang remaja berkenaan dan terus melarikan diri.

Remaja itu terperanjat dan terkedu dengan tindakan peragut itu. Tetapi dia tergamam dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana peragut itu terlalu pantas. Dia hanya mampu memandang peragut itu berlalu pergi.

Yang peliknya, kawan yang di sebelah juga tidak perasan telefon bimbitnya dirampas kerana terlalu asyik dengan telefon. Dia terkejut selepas diberitahu oleh kawannya itu. Tetapi semuanya sudah terlambat.

Remaja yang telefonnya dirampas itu akhirnya bangun dari kerusi dan pergi ke tepi kedai untuk melihat arah peragut itu lari, tetapi setelah mengambil masa beberapa minit selepas kejadian. Mungkin dia masih terperanjat membuatkan dia lambat untuk bertindak.

Tonton video penuh di bawah :

Harap selepas ini anda lebih berhati-hati semasa makan di kedai makan. Jangan terlalu asyik melayan telefon bimbit anda tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Semoga kita dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak baik.

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat. Tag kawan korang yang selalu makan di kedai makan.

By Berita Kopak