” Bila mama meninggal, Baem akan… ” – Perbualan Datin Shahida Dengan Anaknya, Baem buat Ramai Yang SEBAK !!

” Bila mama meninggal, Baem akan… ” – Perbualan Datin Shahida Dengan Anaknya, Baem buat Ramai Yang SEBAK !!Β 

Menerusi akaun instagram, isteri kepada pengasas kosmetik terkenal, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid berkongsi satu video perbualan dengan anak-anaknya.

Dato’ Aliff dan Datin Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Ammar Ahyan 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6.

Pasangan ini mengambil anak angkat, Ameena yang kini berusia 3 bulan pada Oktober dan Qayyum pada bulan Disember tahun lalu.

Menerusi video berkenaan, Datin Shahida bertanyakan anaknya siapa yang akan menjaganya apabila dia sudah tua nanti. Isteri usahawan kosmetik ini sahaja menguji dan ingin mendengar apa yang akan dijawab oleh anaknya.

Anaknya yang bernama Ibraheem Adham atau lebih dikenali sebagai Baem berkata, dia akan jaga ibunya bila sudah dewasa nanti. Tambah Baem lagi, sekiranya ibunya meninggal dunia, Baem akan kirimkan doa. Alahai comel betul Baem !!

Kata-kata Baem membuatkan netizen rasa sebak dan terharu. Apa yang lebih mengharukan apabila di penghujung video, Baem mengajak semua adik beradiknya memeluk dan mencium ibunya. ‘ Sweet’ sangat Baem ni !!

Jom tonton video penuh di bawah :

” Bila citer pasal mati semua nak kiss… Baem x yah cakap lah dia mmg selalu jadi penghibur… “

” Ameena pun dah pandai ikut arahan…… tiba2 dia kiss pula mama dia… oh anak2 penghibur hati.. “

Rata-rata netizen rasa sangat terharu dan sebak dengan perbualan Datin Shahida dengan Baem. Antara komen-komen netizen :

” Comel nye β€œ peluk mama semua org!”.. “

” Memang datin nya nampak penyayang dan baik..moga terus mendapat kebahgiaan dunia dan akhirat..aamiin.. “

” Datin @shahidadherbs tersentuh bila baem ckp bila mama mati baem baca doa.semoga jd anak yg soleh ya baem.. “

” Di samping seorang suami yg berjaya adalah isteri yg hebat. Bg sy Datin @shahidadherbs patut dijadikan contoh yg memberi motivasi utk semua wanita di luar sana.. “

” Alolololoooo ameena. ya Allah sweetttt nye …….. datin bertuah sgt laa dpt ank2 yg comelll2 n bijak2.. Smoga allah sllu melindungi nye…. smoga ameena n qoyumm dn yg lainnye mnjdi ank2 yg soleh dn solehah…Aminnnnn …. we love datin family.. “

” Nak medidik anak 2 ni bukan mudah. Lebih2 lagi nk terap kn tentang agama. Tmbah pula kite ni kurang berilmu.. Respeck kt datin mampu ajr ank2 dlm didikan agama.. “

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Baem dan anak-anak Datin Shahida yang lain menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya di dunia dan akhirat. Amin..

Sumber : IG Datin Nur Shahida by Berita Kopak