Alololo.. Comelnya Dato’ Seri Siti Nurhaliza Berzumba. Memang Sporting Habis !!

Alololo.. Comelnya Dato’ Seri Siti Nurhaliza Berzumba. Memang Sporting Habis !!

Siapa yang tak kenal penyanyi nombor satu negara iaitu Dato’ Seri Siti Nurhaliza binti Taruddin. Memiliki pekej yang lengkap dengan rupa paras yang cantik menawan dan suara yang merdu bak buluh perindu membuatkan dirinya mempunyai ramai peminat khususnya di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Sifatnya yang sopan santun, berbudi bahasa dan tak lekang dengan senyuman di bibirnya membuatkan dirinya disenangi dan disayangi oleh peminat-peminatnya. Sehingga kini akaun instagramnya memperolehi 5.5 juta pengikut yang menyokongnya.

Kelab peminat Dato’ Siti Nurhaliza yang dikenali dengan nama Sitizoners ditubuhkan 14 tahun yang lalu. Dato’ Siti adalah antara artis senior yang aktif menganjurkan program dan aktiviti bersama kelab dan menjalin hubungan rapat.

Setiap kali menganjurkan program, kemeriahan cukup terasa menandakan betapa eratnya hubungan antara penyanyi nombor satu negara itu dengan peminat-peminatnya.

Yang terbaru Berita Harian menganjurkan Program Santai Kelab Peminat bersama artis di Istana Budaya sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Ternyata, dalam kesibukan memenuhi pelbagai acara persembahan, Dato’ Siti masih sempat mencuri masa untuk bersama peminat yang tak jemu menyokong kerjayanya sebagai artis.

Apa yang menariknya, Dato’ Siti berkongsi video sedang berzumba bersama ahli kelab peminatnya, Sitizoners di akaun instagram miliknya. Menerusi video ini, Dato’ Siti kelihatan sangat ‘sporting’ dan agak comel semasa berzumba.

Dato’ Siti dan ahli kelab Sitizoners berzumba sambil diiringi dengan lagu yang bertajuk Ku Mahu, nyanyian asal daripada Dato’ Siti sendiri. Video ini mendapat tontonan ramai dan rata-rata memuji gaya dan kecomelan juri tetap rancangan Big Stage ini.

Jom tonton video penuh di bawah :

” Tanda sokongan saya kpd @abpbh31 & #sitizoners tersayang.. Zumba pagi tadi untuk team #sitizoners.. “

 

View this post on Instagram

 

Tanda sokongan saya kpd @abpbh31 & #sitizoners tersayang.. Zumba pagi tadi untuk team #sitizoners 💐💐

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Pengurus Dato’ Siti, Rozi Abdul Razak turut berkongsi video Dato’ Siti sedang berzumba yang di’repost’ daripada seorang yang menggunakan akaun instagram Bobo Fahad. Video ini kelihatan lebih jelas kerana diambil dari jarak yang lebih dekat.

” Sportingnya @ctdk. Jemput untuk memeriahkan tapi dia bagi nilai tambah pada event kami dengan join sekali pertandingan Zumba dan hadiahkan lagu Comel Pipi Merah untuk pengunjung.. “

” Tq Bonda Ratu dan @rozisangdewi. We love u.. ”

Dato’ Siti nampak sangat ‘enjoy’ berzumba dan bersama peminat. Rata-rata peminat memuji Dato’ Siti yang dikatakan sangat ‘sponting’ menjalani aktiviti bersama kelab peminatnya. Antara komen-komen peminat :

” Serba serbi boleh semuanya ctdk.. menari boleh.. menyanyi sedap… masak pon boleh.. alahaii.. i peminat u dari kecik tau.. love u tokti.. “

” Sporting nyaaaa dato’ siti walaupun bawa nama besar tp boleh get along dgn peminat2. semoga Allah memberkati dato siti sekeluarga.. “

” Sportingggggg sangat lah ibu aafiyah yg sangat cantikkk nie.. “

” U r so energetic la kak iti..suka betul tengok tadi muka enjoy gilaaa.. “

” Tokti… nape comeyy sngt nihh… “

” Lagu ni memang sesuai untuk zumba. Tak perasan mana satu DCT, last-last baru nampak.. “

Alahai Dato’ Siti Nurhaliza, kenapa comel sangat ? Lembut dan nampak sopan sangat tariannya. Semoga terus menjadi inspirasi buat anak muda negara kita dan selamat maju jaya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Seri Siti Nurhaliza / Rozi Abdul Razak / Bobo Fahad By Berita Kopak