TAK SANGKA Ini Respon Aiman Hakim Ridza Mengenai Tuduhan Yang Dilemparkan Oleh Fathia Latiff.

TAK SANGKA Ini Respon Aiman Hakim Ridza Mengenai Tuduhan Yang Dilemparkan Oleh Fathia Latiff. Rupanya Ini Sebab Aiman ‘Block’ Nombor Telefon Fathia !!

Semalam, menerusi akaun instagram, pelakon cantik Fathia Latiff mendedahkan Aiman Hakim Ridza masih belum melangsaikan hutangnya dah tidak menjawab panggilan serta menyekat nombor telefonnya apabila meminta aktor itu membayar kembali wang yang diperkatakan.

Posting Fathia menjadi kecoh sehingga menimbulkan perbalahan antara netizen di ruangan komen instagram aktres itu walaupun ‘posting’ tersebut telah dipadam. Netizen menyerang Fathia melalui ‘posting’ yang lain dan juga ‘posting’ yang dimuatnaik oleh sahabat baik Aiman, iaitu pelakon Sharifah Sakinah dan juga pengarah terkenal, Michael Ang.

Menerusi InstaStory di Instagram, Aiman menjelaskan tuduhan yang dilemparkan oleh bekas kekasihnya, Fathia Latiff adalah tidak benar. Aiman menafikan masih belum melangsaikan hutang dengan pelakon jelita itu.

Menurut Aiman, dia tidah pernah berhutang dengan sesiapa. Sebaliknya orang lain yang berhutang dengannya. Menurut Aiman lagi, pelaburan memang ada untung rugi. Itu adalah fakta yang tidak dapat dielakkan dan perlu hadapi sebagai risiko sebagai pelabur.

Menjawab tuduhan Fathia yang mengatakan Aiman menyekat nombor telefonnya, Aiman menjelaskan dia berbuat sedemikian kerana aktres itu cakap merepek dan menggunakan kata-kata kesat walaupun dia cuba berbincang dan bercakap dengan baik.

Walaubagaimanapun, Aiman meminta semua mendoakan kebaikan untuk Fathia dan meminta semua menggunakan media sosial untuk perkara yang berfaedah.

Untuk pengetahuan, Fathia pernah menjalin hubungan cinta dengan Aiman. Namun begitu, hubungan mereka sudah berakhir 3 tahun yang lalu. Selepas berpisah, mereka kembali menjalin hubungan sebagai kawan.

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan isu ini tidak berpanjangan dan tiada sengketa antara 2 pelakon yang berbakat ini.

Sumber : IG Aiman Hakim Ridza by Berita Kopak