Rakitnya Hanyut Berbulan Bulan Di laut, Lelaki Berumur 19 Tahun Ini Kongsi Kisahnya Yang Menakutkan…

Rakitnya Hanyut Berbulan Bulan Di laut, Lelaki Berumur 19 Tahun Ini Kongsi Kisahnya Yang Menakutkan…

Suatu pagi di pertengahan bulan Julai, Aldi sepatutnya sudah menikmati hasil tangkapan ikan di Pulau Doi, Ternate. Tetapi, angin kencang yang bertiup pada pagi itu membuatkan tali rakitnya terputus akibat bergesel dengan rakit kawannya. Rakit yang dinaikinya terus hanyut, Aldi berusaha menghubungi kawan-kawannya melalui Handie-Talkie, tetapi tidak berjaya.  Rakan-rakannya yang menunggu Aldi pulang juga tidak berjaya menemuinya. Sejak daripada itu, Aldi telah diistiharkan hilang.

Rakit yang Aldi naiki berbentuk seperti rumah rumah, di dalamnya ada kelengkapan yang boleh dia gunakan untuk terus hidup. Dengan menggunakan dapur gas, generator, HT, lampu, antena kuasa solar, baju, beras dan kelengkapan dapur, beserta kitab suci, Aldi dapat meneruskan hidup. Tetapi, perkara tersebut tidak bertahan lama, pada hari ketiga, signal handie-Talkienya mulai putus-putus dan pada hari ketujuh signalnya terus menghilang.

Kelengkapan makanannya juga sudah berkurang, tetapi Aldi tetap tidak putus asa. Dia memancing, membakarnya di atas papan rakit dengan gas. Ketika tiada kapal yang lalu, dia memdamkan lampu untuk berjimat. Aldi terus berusaha meminta bantuan, jika ada kapal yang melalui berhampirannya, dia menjerit meminta pertolongan tetapi tiada yang mempedulikannya ataupun tidak perasan.

Nasibnya berubah, pagi 31 Ogos di Perairan Guam, Suara ‘help’ yang dia suarakan melalui HT telah didengari oleh sebuah kapal berdaftar di Panama, MV Arpegio (kapal laut USA, ABK Filipina). Sebenarnya kapal tersebut sudah melaluinya tetapi berpusing semula untuk menyelamatkannya.

Dia diberi makanan, tempat tinggal serta bercakap dengan kapten kapal.

Pada hari keempat, kedutaan Indonesia memohon izin kerajaan Jepun supaya kapal tersebut boleh berlabuh di Jepun. Setelah kapal berlabuh, pada 6 September, Aldi dijemput oleh Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Osaka di Tokuyama, Prefektur Yamaguchi, Jepun. Setelah segala uruan imigrasi selesai, pada 8 September, pihak KJRI Osaka telah menemani kepulangan Aldi ke Manado dengan Kapal terbang Garuda Indonesia melalui Tokyo, seperti yang dilaporkan oleh detik.com.

Aldi diperiksa kesihatannya setelah berbulan-bulan di laut

Ianya menjadi pengalaman yang sangat berharga bagi Aldi, dia menceritakan bagaimana banyaknya pengalaman pahit hanyut berbulan di lautan yang membuat dia ketakutan. Bagaimana dia memakan ikan mentah akibat kehabisan bahan bakar , memotong kayu rakit untuk menghidupkan api, minum air laut yang masin, serta melihat ikan yu menghampirinya. Pernah dia melihat ikan bersaiz rasaksa yang hanya timbul separuh sahaja di permukaan air.

Kini Aldi gembira bersama keluarganya

Kisah Aldi ini dimuatnaik oleh akaun Facabook Indonesian Consulate General Osaka pada 14 September lalu. Apa yang dialami oleh Aldi dapat dikatakan sebagai satu keajaiban. Ketika ini Aldi sudah kembali bersama dengan keluarganya di Wori, Manado, dalam keadaan sihat.

Apa Pendapat Anda?

Terima Kasih kerana  Membaca Artikel Ini, Silakan SHARE Ya!

Sumber : boombastis.com

Kredit : Indonesian Consulate General Osaka / Eris Riswandi

Terjemahan Oleh : Beritakopak.org