Rakaman CCTV… Nasihat Untuk Wanita, Berhati-hati Kalau Buka Pintu Pagar Lama-lama, Sebab Penjenayah Sentiasa Mencari Peluang Dan Ruang.

Rakaman CCTV… Nasihat Untuk Wanita, Berhati-hati Kalau Buka Pintu Pagar Lama-lama, Sebab Penjenayah Sentiasa Mencari Peluang Dan Ruang.

INGAT sebelum kena, hemat sebelum habis. Barangkali inilah peribahasa yang tepat untuk mengingatkan kita supaya sentiasa berhati-hati dengan suasana dan persekitaran terutama kejadian jenayah ragut yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Peribahasa ini membawa maksud bahawa kita perlu berikhtiar dengan bersungguh-sungguh supaya tidak menyesal pada kemudian hari.

Tetapi jenayah ragut ini bukan hanya boleh berlaku di jalanraya ataupun di tempat terbuka sahaja. Lebih merbahaya ianya boleh berlaku di rumah kita sahaja. Seperti di dalam video rakaman CCTV di bawah yang menunjukkan seorang wanita yang diragut di halaman rumahnya di sebuah taman perumahan.

Dengan pintu pagar yang terbuka, dia membasuh halaman rumahnya tanpa menyangkakan dia akan menjadi mangsa penjenayah

Tindakannya membuka pintu pagar rumah, mengundang penjenayah yang mencari mangsa. Dapat dilihat pada mulanya penjenyah yang menaiki motosikal mencari-cari peluang

Penjenayah meluru masuk setelah dia mendapati dia dapat mengambil kesempatan ke atas mangsa

Penjenayah yang bersenjatakan parang, meluru masuk. Ini lebih merbahaya dari ragut di tepi jalan kerana penjenayah boleh meragut lebih banyak barang berharta dan boleh mengancam nyawa orang lain yang ada di rumah

Mereka (penjenayah Ini) melakukan kegiatan mereka secara berkumpulan

Jadi, kepada wanita di luar sana, sentiasalah berhati-hati. Janganlah kita membiarkan ruang untuk penjenayah melakukan jenayah mereka. Sentiasalah menutup pintu pagar dan sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Jika ada perkara yang meragukan, beritahu orang terdekat ataupun pihak berkuasa.

Tonton VIDEO Penjenayah Mengambil kesempatan Di bawah Ini

Apa pendapat Anda?

Terima Kasih Kerana Membaca Artikel ini. Jika anda Rasa Bermanfaat, Silakan SHARE Ya!

Disediakan Oleh Beritakopak.org