” Just because you don’t get much project from ASTRO tak payah la nak amik fame I, SI GEMOK ” – Fathia Latiff serang IG Michael Ang

” Just because you don’t get much project from ASTRO tak payah la nak amik fame I,  SI GEMOK ” – Fathia Latiff serang IG Michael Ang

Semalam kecoh apabila pelakon jelita, Fathia Latiff memuatnaik gambar bekas kekasihnya yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza di akaun instagram bagi tujuan untuk meminta hutang. Walaubagaimana pun, kurang daripada satu jam, Fathia telah memadam ‘posting’ berkenaan.

Perkongsian Fathia di instagramnya itu menimbul kekecohan di media sosial. Fathia menerima kecaman yang hebat daripada netizen yang mempersoalkan tindakannya berbuat sedemikian.

Ramai rakan artis yang ‘backup’ Aiman dan membidas kenyataan Fathia. Antaranya adalah sahabat baik Aiman, Sharifah Sakinah dan pengarah terkenal, Michael Ang.

Untuk ‘posting’ Sharifah Sakinah boleh baca di : Get Away From Your Phone !!.. ” – Sharifah Sakinah ‘Basuh’ Fathia Latiff. TAK SANGKA Ini Sebabnya..

Menerusi akaun instagram, Michael Ang memuatnaik ‘printscreen’ ‘posting’ Fathia yang telah dipadam oleh Fathia.

” Eh eh eh eh! APO NI? Biar betul @fatiyalatiff ! Walaupun dah delete post ni tapi the DAMAGE IS DONE ! “

” Aku dah kenal @aimanhakimridza ni lama dah setahu I dia ada aje duit. dia lah antara artist Yg tak pernah mintak ADVANCE PAYMENT! “

” Anyway Banyak project dia buat dgn aku and TRUST me he is not cheap! Dia shoot dgn aku 4 Hari aje pun gaji dia lagi Banyak dari gaji Pak Jib! “

” Anyway tak baik buat org mcm tu kalau betul lah dia ada pinjam duit u pun mintak la cara baik bukan mcm ni! “

” Industry ni kecik malaysia pun kecik so tak payah bermusuh sgt just love each other n forgives! ”

Namun begitu, Fathia telah menyerang akaun instagram Michael Ang dan meninggalkan beberapa komen yang menimbulkan isu perbalahan antara netizen. Yang terbaru, Michael Ang memuatnaik komen-komen Fathia yang mengajak Michael Ang berdepan dengannya dan menuduh Michael Ang tak banyak ‘job’ sampai perlu masuk campur urusannya.

” Is this a sign crying for help or what! By the way segemok gemok aku tapi aku tak gila! Thank u n. Salam! Sorry guys I have to off the comment for this posting for awhile!.. “

” Dah sampai masuk agama n bukan2! Niat aku hanya untuk menasihat aje! Apa apa pun @fatiyalatiff aku maafkan kau apa aje kau Cakap pasal aku! “

” Luv u all ! Again malaysia ni kecik luv everyone on your left n your right! It is useless to have so much hatred!.. “

Apa yang menyedihkan, Fathia turut memanggil Michael Ang “Si Gemok” dan Gay serta beberapa tuduhan lagi.

Rata-rata netizen meninggalkan komen-komen negatif terhadap Fathia Latiff. Antara komen-komen netizen :

” Kenapa lah pompuan ni kalau ye pon bengang x perlu la nk hina org.. awak bertudung untuk ape ye?.. “

” Knpa la jadi mcm nie..hmm.. fatiya pun,bole je kan ckp elok2..face to face la dgn aiman.. klu betul dia hutang awak.. “

” Dia yg salah p public posting mcm tue nk mntk duit pastu dia delete org dh sebarkan posting dia meroyan x tentu hala . Adoi laa pmpuan nie.. “

” Fathia ni dah x laku blakon….dok cari glamor dlm media sosial pulak…dulu ada istilah pelakon majalah…la ni kena wujudkan istilah pelakon instagram…gitu… “

” Hahaha then again hashtag dia win #sigemok ahahaa. Mcm anak buah aku kalau dah kalah takde modal tetiba dia cakap aku GEMOK! then lari hahah. Childish gila fatiya.. “

” fathia ni something btl lh .. mcm childish dia yg petik nma artis tu artis ni nk bg nma dy naik blik yela kn dy dh lma sepi.. sedihh..? buat malu ja.. “

Tetapi masih ada netizen yang memberi komen yang positif dan menasihati dan menyokong Fathia. Antara komen-komen mereka :

” Dia perlu bimbingan korang. Kawanlah dia. Bawalah dia bersama-sama dengan kamu. Nescaya Allah sayang akan hambanya yang membantu hambanya yang lain. @fynnjamal @officialmizznina ”

” Patut @michaelang38 tk perlu masuk campur dlm hal ni… Kesian jugak kt @fatiyalatiff teruk kena kecam… Sbg kwn kena tanya personal patutnya bkn up kt ig utk menasihati… ”

” Fatiya needs help. I’m surprised takde yg tlg dia since kes bigo tu. Now she’s getting worse. #prayforfatiyalatiff.. “

” Netizen ni tau2 je ye c @fatiyalatiff ni ambl brg.. wow orang sekarang ni main cakap jak , lepastu menuding jari kepada seorang sahaja. Gais wakeup! korang takde dlm situasi fathia ni , i pun blh mental klu kena kecam mcm ni lepastu tuduh ambl brg plak tu! Klu btl fathia ambl brg dia dah lama kena tangkap lah! pls respect dia! klu tak blh nak respect sekali pun tolong jgn keluarkan perkataan yg menyakitkan hati perkataan yg tak sdap dibaca. Netizen bengap menuduh tanpa bukti, even salt look like a sugar ! Haaa tepuk!! Ingat la korang hanya kerana ayat korang komen kat fathia ni nnt dia akn dpt tekanan yg kuat sgt3. menjawab la korang nnt kat akhirat! Wlu dia bbuat dosa sekali pun Tetap tak blh mnilai dosa org lain dan memandang rendah dgn dia!!!! “

Admin bersetuju dengan pendapat Fathia Latiff perlu dibantu. Dia mungkin perlukan bimbingan dan perhatian lebih daripada keluarga dan  rakan-rakan. Kita mungkin tidak memahami dia dan tidak berada di tempatnya. Apa-apa pun, semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik. Harap apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada semua.

Sumber : IG Michael Ang by Berita Kopak