Aksi Kanak-Kanak Ini Menari Kpop Di Sekolah Buat Ramai Terhibur..

Aksi Kanak-Kanak Ini Menari Kpop Di Sekolah Buat Ramai Terhibur. Serius Comel !! Alahai Geram Pulak Tengok Perut Dia Tu..

Hari ini viral di media sosial apabila video rakaman sekumpulan kanak-kanak menari di sekolah tadika tersebar di media sosial. Tidak dapat dipastikan video ini berasal dari Malaysia ataupun dari luar negara.

Menerusi video berkenaan, guru kanak-kanak itu memutarkan lagu Kpop dan meminta anak muridnya menari. Semua kanak-kanak memerhatikan skrin yang dipaparkan dihadapan mereka sambil menari.

Apa yang menariknya, gelagat seorang kanak-kanak lelaki yang pandai menari mengikut irama lagu Kpop itu membuatkan ramai netizen yang terhibur. Kanak-kanak yang berbadan sedikit gempal itu berjoget seolah-olah seperti penari profesional.

Perutnya yang bergoncang ketika menari membuatkan dia kelihatan sangat comel. Gaya tangan, pergerakan tubuh, mimik mukanya ketika menari nampak sangat bersahaja seolah-olah sudah lama mempraktiskan tarian lagu Kpop itu.

Berbanding rakannya yang lain yang kelihatan seperti terkapai-kapai, dia kelihatan sangat lincah dan aktif sambil menghayati lagu Kpop itu. Badannya yang ‘lentik’ ketika menari membuatkan ramai yang tertarik dengan telatahnya itu.

Alahai bukan main lagi dia berjoget dan bergelek yer. Banyak kali admin ulang tengok. Serius Comel !!

Jom tonton video penuh di bawah :

Alahai geram betul tengok perut dia tu. Cuba tag kawan korang yang minat Kpop. Pandai tak diorang menari macam adik ini ?

By Berita Kopak

Kanak-Kanak Ini Menangis Atas Pentas Tapi Tetap Meneruskan Tariannya Sampai Habis. Alahai Super Duper Cute !!

Apabila menghantar anak masuk ke sekolah tadika atau kindergarteen pastinya rasa sangat gembira. Anak yang kita jaga dari kecil sekarang sudah melangkah ke alam persekolahan.

Biasanya pihak sekolah atau pihak tadika akan menjemput ibu bapa untuk menonton persembahan anak-anak mereka di atas pentas pada hari-hari tertentu seperti hari penyampaian hadiah.

Ibu bapa pastinya sangat seronok dan tidak sabar menyaksikan persembahan anak-anak mereka. Anak-anak akan dilatih oleh guru-guru mereka di sekolah sebagai persediaan sebelum membuat persembahan.

Namun terdapat anak-anak kecil yang menjadi kaku, gugup atau malu bila berada di atas pentas kerana berkemungkinan berasa sangat takut apabila melihat ramai orang yang memandang ke arah mereka.

Samalah juga dengan seorang kanak-kanak ni. Walaupun menangis di atas pentas tapi dia tetap meneruskan tariannya hingga habis. Comel betul !

Jom tonton video penuh di bawah :

Comel sangat kan ?

Silakan SHARE..

By Berita Kopak