Wow!! Wanita Ini Ajar Cara Buat Tanah Liat atau Playdough Dari Ubat Gigi Je!… Lebih Selamat untuk Kanak-kanak…

Wow!! Wanita Ini Ajar Cara Buat Tanah Liat atau Playdough Dari Ubat Gigi Je!… Lebih Selamat untuk Kanak-kanak…

Playdough ataupun biasa dikenali dengan tanah liat, adalah salah satu bentuk mainan kanak-kanak yang selalu kita lihat ada di pra sekolah.  Playdough yang mempunyai tekstur yang lembut dan dapat dibentuk pelbagai mengikut keinginan kanak-kanak ini sesuai sebagai salah satu media pembelajaran terutama untuk merangsang perkembangan motorik otak anak anda. Selain itu, bermain playdough yang sesuai untuk kanak-kanak dari usia 2 tahun ini juga dapat melatih kreativiti kanak-kanak secara bebas.

Walaupun demikian, ramai orang tua yang merasa bimbang denagn penggunaan playdough ini. Ini kerana, tidak semua playdough yang dijual selamat untuk kanak-kanak kerana mengandungi bahan pewarna mahupun pengawet yang berbahaya jika tertelan. Namun, jangan bimbang, kita boleh membuat sendiri playdough menggunakan ubat gigi. Bagaimana caranya? Tonton video tutorialnya berikut ini.

Bahan yang diperlukan :

​1 tube ubat gigi yang berwarna terang (misalnya biru, hijau, atau merah muda)

Tepung maizena@Tepung jagung secukupnya

Pewarna makanan sesuai selera.

Cara membuatnya :

Campurkan ubat gigi dan tepung jagung ke dalam mangkuk, gaul dengan rata sehingga campuran membentuk tekstur yang diinginkan,

kemudian tambahkan pewarna makanan supaya warnanya lebih menarik.

Ok! Dah siap playdough. selamat digunakan untuk bermain bersama si kecil. Mudah sekali, bukan?

​Kanak-kanak tentu seronok bermain playdough jika ditambahkan dengan pembuatnya seperti acuan kek, gunting plastik, rolling pin, pisau plastik, mangkuk dan gelas plastik. Hal ini akan semakin membuat anak dapat berkreativiti secara bebas dengan bentuk-bentuk yang dibuatnya sekaligus melatih koordinasi antara mata dan tangannya.

Selain itu, playdough juga dapat memberi kesan tenteram dan tenang pada kanak-kanak terutama ketika kanak-kanak sedang sukar memberi tumpuan, terlalu aktif bergerak ataupun dalam keadaan emosional.

Jadi, cubalah membuat tanah liat dari bahan-bahan yang selamat ini!

Tonton VIDEO Cara membuat Playdough atau Tanah Liat Di Bawah Ini

Apa pendapat Anda?

Terima Kasih Kerana Membaca Artikel ini. Silakan SHARE Ya!

Sumber : Youtube