” Takut dengar cerita orang Perlis dan negeri-negeri lain pasal ribut. Kebetulan hari yang sama video terbaru ‘BOBO Di Mana’ keluar.. “

” Takut dengar cerita orang Perlis dan negeri-negeri lain pasal ribut. Kebetulan hari yang sama video terbaru ‘BOBO Di Mana’ keluar.. ” – PU Amin dikecam kaitkan ribut dengan lagu Bobo Di Mana

Kecoh semalam di instagram apabila Pencetus Ummah Amin atau lebih dikenali sebagai PU Amin memuatnaik posting yang mengaitkan kejadian ribut di Perlis dengan pelancaran video lagu Bobo Di Mana.

Lagu Bobo Di Mana yang dinyanyikan oleh Dato’ Aliff Syukri yang berkoloborasi dengan Nur Sajat dan Lucinta Luna ini mendapat kecaman hebat daripada netizen kerana tarian lagu ini dikatakan agak keterlaluan dan lucah.

Posting PU Amin ini menimbulkan kekecohan di kalangan netizen yang mempersoalkan kenapa PU Amin memuatnaik status sebegini yang mengaitkan kejadian bencana alam dengan lagu Bobo Di Mana.

Baca posting PU Amin di bawah :

” Sesuatu dalam bentuk peringatan Tuhan mengingatkan.. ”

” Takut dengar cerita orang Perlis dan negeri-negeri lain pasal ribut 2-3 hari ini. Dorang ata macam nak kiamat, habis semua terbang.. “

” Kebetulan ribut melanda, hari yang sama video terbaru ‘BOBO Di Mana’ keluar.. “

” Jaga-jaga Allah tak akan redha dengan MAKSIAT.. “

 

View this post on Instagram

 

Sesuatu dalam bentuk peringatan Tuhan mengingatkan .

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

Ada beberapa netizen yang mempertikaikan dan mengecam tindakan PU Amin memuatnaik posting ini. Antara komen-komen negatif yang diterima :

” Aku dah kabor itu hari yang Pencetus Sampah ni bangang. Otak sempit. Ada juga macai2 dia duk follow. Bodoh.. “

” Assalamualaikum, Wait Yaaa Cara Awak Update Tu Seolah² Punca Semua Ni Dari “Bobo Dimana” , Orang Akan Pandang Yang Awak Tu Mempunyai Mentality Yang Sangat Cetek , Sebab Kalau Nak Diikutkan Bencana Allah & Petunjuk Dari Allah , Tak Perlu Tunggu “Bobo Dimana” Kenapa Ye Nak Tunggu “Bobo Dimana Baru Allah Nak Bagi Petunjuk ? Kenapa Ya ? Sebab Allah Murka ? Tapi Kenapa Perlu Awak Terlalu Menekankan Tentang LBGT Sedangkan Banyak Lagi Kemungkaran Yang Lain ? Betul , Kita Memang Harus Saling Menegur Bla… Blaa… Bla… Tapi Cara Awak Tu Seolah² Ini Lah PUNCA SEGALANYA Like Seriously ?.. “

” Ya Allah ustaz.. Kenapa semakin hari ustaz semakin up status yg mencetuskan kontroversi nihh ustaz.. I always support your dakwah.. But plisss jngn tnjukkn yg kita tuu mundur sngat.. Plisss profesional after this.. “

” Saya rasa ustaz mempunyai mentality yg cetek, bencana alam boleh berlaku pada bila² masa saja xkira la lagu A atau lagu B baru keluar semua ini dgn kuasa allah..dan sya perhatikan @pencetusummah_amin cuma focus pada 1 golongan LGBT saja seolah² ustaz sedang mempromosikan lagi LGBT ini.. kalu xsuka band x payah dengar.. kenapa lagu² lain dan drama² tidak di issue kan??? Adakah ustaz dibayar utk melariskan lagi lagi ini ? lagi banyak status yang diupdate lagi banyak nampak kebodohan..mintak maaf sikiranya kata² sy ini menyinggong ustaz tapi tidak terlintas utk itu ini cuma pemerhatian n pendapat saya saja sbb sy xnak nanti ustaz sendiri yg merosakan reputasi diri.. sekian assalam… “

Namun begitu ramai netizen menghentam komen-komen negatif yang diterima oleh PU Amin. Ramai juga yang memberi komen-komen positif dan meminta PU Amin terus bersabar dan tabah untuk sampaikan dakwah. Antara komen-komen positif yang diterima :

” Sy tak pelik saudara @pencetusummah_amin di kecam, sebab bila akhir zaman ada beberapa golongan yg di sebut dalam Al Quran dgn jumlah yang sedikit tetapi mereka sngt istimewa di sisi Allah. 1. Orang beriman 2. Orang yg bersyukur 3. Orang yg bertaqwa 4. Orang yg faham islam . Hidup bukan untuk mencari redha manusia, tapi untuk mencari redha Allah. Redha manusia sesuatu yang tak mungkin untuk di capai, teruskan berdakwah semoga Allah permudahkan jalan.. “

” Ustaz dh menjalankan tanggungjawab dia sebagai khalifah di muka bumi ini.. Sy sokong ustaz.. Allahuakbar!!.. “

” Sedih bila baca komen ramai yg dok hentam ustz balik. Cubalah fahamkan apa yg ustaz ni nak sampaikan. Kan ustz kata kebetulan bencana ni terjadi masa video bobo tu dikeluarkan. Takan lah nak ckap kebetulan bencana ni terjadi bila wanita tak tutup aurat/kes buang bayi/berzina/cabul/minum arak /pembunuhan/pompuan bertudung tapi menari tayang body dan sewaktu denganya. Bende ni semuakan memang dah hari2 berlaku. Lagi satu, memanglah bencana alam boleh terjadi bila2 masa. Tapi Allah takan turun kan bencana melainkan Allah hendak beri peringatan pada hambanya bahawa negara kita ni semakin hari semakin berkembang dengan maksiat2 dan perkara2 yang tak diredhai oleh Nya.. “

” Takpe ustaz , betul apa yg ustaz katakan saya sokong 100%, seperti dalam sejarah zaman nabi luth , Allah turunkan bala pada golongan golongan lgbt . Kan ada tanda kiamat , lelaki makin berkurang, sebab apa berkurang ? Sebab ramai nak jadi perempuan . Sebab negara kita ni club bersepah , arak , judi seksi seksa , pakai baju tunjuk lurah , padahal mereka sendiri tahu hukum dan fardu ain dalam islam . Maksiat bersepah sepah , bila tegur cakap tunggu hidayah . Hidayah takkan datang kalau kita tak berusahan mencari . Yang korang dok kecam ustaz ni , cakap macam macam. Awat korang takut ke ? kalau Kita kena macam mana zaman nabi luth kena ? . Sepatutnya hampa fikir macam mana nak selamatkan umat islam , kumpul amalan . Allahu ada jugak mentality manusia yang seperti ini , diberi peringatan malah dimaki . Bila dah berlaku nanti , cakap ustaz org org berilmu tak beri peringatan . Pelik ja hampa ni.. “

” Jgn putus asa berdakwah…jgn tuntut redha manusia kelak hilang redha Allah.. semakin berada d penghujung zaman semakin kebal n keras hati yg diperlukan utk berdakwah.. keep it up PU amin.. “

Usahawan kosmetik terkenal yang juga salah seorang penyanyi lagu asal Bobo Di Mana iaitu Dato’ Aliff Syukri turut memuatnaik ‘posting’ di akaun instagramnya meminta netizen tidak menyalahkan PU Amin.

” Maaf saya x bayar sesiapa utk promosikan lagu ni…. terutama ustaz….. jgn salahkan ustaz ya bila dia nak cerita pasal lagu bobo… itu pilihan dia… mohon jgn salah faham….. sbb byk juga yg tanya pasal ni….. “

Kepada PU Amin teruskan berdakwah. Semoga terus berjuang, tabah, sabar dan istiqamah dalam menegakkan agama Allah. Rasulullah sendiri pernah dicerca, dilempar batu, dilempar najis ketika berdakwah. Contohi Rasulullah yang tak pernah kenal erti putus asa dalam memperjuangkan islam. Wallahulam..

Sumber : IG PU Amin by Berita Kopak