” Saya dengan rendah hati memohon sejuta kemaafan kepada PU Amin di atas apa juga perbuatan atau tingkah laku suami saya.. ” – Datin Seri Shahida

” Saya dengan rendah hati memohon sejuta kemaafan kepada PU Amin di atas apa juga perbuatan atau tingkah laku suami saya.. ” – Datin Seri Shahida

Kecoh di media sosial hari ini apabila Dato’ Aliff Syukri mengamuk dan mencabar Pencetus Ummah (PU) Amin. Ramai orang mengecam tindakan usahawan kosmetik terkenal ini yang dikatakan tidak menghormati PU Amin sebagai seorang ustaz.

Tujuan PU Amin adalah untuk menegur tetapi akhirnya mendapat respon yang negatif daripada Dato’ Aliff Syukri. Video tersebut menimbulkan perbalahan antara netizen dan ramai yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Dato’ Aliff Syukri.

Untuk kisah penuh dan video, sila baca Dato’ Aliff Syukri Mengamuk Dan Cabar PU Amin. TAK SANGKA Ini Sebabnya !!

Yang terbaru, melalui akaun instagram, isteri kepada jutawan kosmetik ini iaitu Datin Seri Shahida turut meluahkan rasa terkilan atas apa yang berlaku antara suaminya dan PU Amin.

Apa yang mengagumkan, Datin Shahida seendiri dengan rendah hati memohon maaf daripada PU Amin atas tingkah laku dan perbuatan suaminya yang menyinggung perasaan PU Amin.

Baca perkongsian Datin Shahida di bawah :

” Pertama sekali saya merasa terkilan di atas tindakan berbalas komen di ig Pencetus Ummah amin dan juga suami saya @aliffsyukriterlajaklaris….. “

” Bagi saya tidak menyokong mana2 pihak tapi cukup2 lah berbalah sehingga ruang komen dipenuhi caci maki sedangkan islam tidak menganjurkan kita menjadi punca perbalahan… ”

” Ustaz amin kami hormati sebagai pendakwah hebat… pasti nya Ilmu jauh tinggi dari @aliffsyukriterlajaklaris…. mungkin itu cara dakwah dia mungkin ada yg suka ada yg tidak… “

” Begitu juga lagu bobo gandingan sajat dan lucinta ada yg suka ada yg tidak…. senjata orang mukmin ni ialah doa.. jadi berdoalah kita mudahan kita semua diberi hidayah bukan bercanggah dan berbalah di media sosial tk tunjuk siapa lebih hebat…. “

” Menegur x salah tapi gunakanlah perkataan yg baik….. jgn sampai mencaci kaitkan ttg rezeki dan juga ahli keluarga… yg lain2 tak bersalah… “

” Rezeki hari ini bukan kerana dia seorang tapi rezeki ank2 isteri ibu bapa dan ibu ayah mertua…. “

” Jadi saya dgn rendah hati memohon sejuta kemaafan kepada PU amin di atas apa juga perbuatan atau tingkah laku suami saya yg menyinggung ustaz dan orang lain…. “

” Percayalah suami saya seorang yg baik…. walaupun secara dasarnya orang pandang negatif… saya lebih mengenalinya…. mungkin dia kurang sensitiviti terhadap agama dan masyarakat…. “

” Terus nasihat dan didiklah dgn cara yg baik walaupun diterima atau tidak… dalam masa yg sama doakan juga… jgn hina saya kerana harta kerana ada yg kata saya sanggup bertahan sebab harta… saya dah kenal dia sebelum dia ada semua ni…. ”

” Kalau dilihat walaupun x banyak ada perubahan dari teguran ustaz, dari tarian yg x elok sebelum ni, tapi dalam mv terbaru x ada lagi tarian sebegitu… bukankan itu juga perubahan walaupun sedikit… ”

” Bermakna kita kena sedikit sabar dalam mendidik Insya Allah sampai masa nanti akan berubah…. Maaf ustaz sekali lagi kerana memperkecilkan dakwah ustaz PU amin…… sebab kami ni cetek agama…. “

” Sentiasa doakan kami berada di jalan yg diredhai saya mohon maaf…. @pencetusummah_amin.. “

 

View this post on Instagram

 

Pertama sekali saya merasa terkilan di atas tindakan berbalas komen di ig Pencetus Ummah amin dan juga suami saya @aliffsyukriterlajaklaris…..bagi saya tidak menyokong mana2 pihak tapi cukup2 lah berbalah sehingga ruang komen dipenuhi caci maki sedangkan islam tidak menganjurkan kita menjadi punca perbalahan… . Ustaz amin kami hormati sebagai pendakwah hebat…pasti nya Ilmu jauh tinggi dari @aliffsyukriterlajaklaris….mungkin itu cara dakwah dia mungkin ada yg suka ada yg tidak…begitu juga lagu bobo gandingan sajat dan lucinta ada yg suka ada yg tidak….senjata orang mukmin ni ialah doa..jadi berdoalah kita mudahan kita semua diberi hidayah bukan bercanggah dan berbalah di media sosial tk tunjuk siapa lebih hebat….menegur x salah tapi gunakanlah perkataan yg baik…..jgn smapai mencaci kaitkan ttg rezeki dan juga ahli keluarga…yg lain2 tak bersalah…rezeki hari ini bukan kerana dia seorang tapi rezeki ank2 isteri ibu bapa dan ibu ayah mertua….jadi saya dgn rendah hati memohon sejuta kemaafan kepada PU amin di atas apa juga perbuatan atau tingkah laku suami saya yg menyinggung ustaz dan orang lain….Percayalah suami saya seorang yg baik….walaupun secara dasarnya orang pandang negatif…saya lebih mengenalinya….mungkin dia kurang sensitiviti terhadap agama dan masyarakat…. . terus nasihat dan didiklah dgn cara yg baik walaupun diterima atau tidak…dalam masa yg sama doakan juga…jgn hina saya kerana harta kerana ada yg kata saya sanggup bertahan sebab harta…saya dah kenal dia sebelum dia ada semua ni…. . kalau dilihat walaupun x banyak ada perubahan dari teguran ustaz,dari tarian yg x elok sebelum ni ,tapi dalam mv terbaru x ada lagi tarian sebegitu…bukankan itu juga perubahan walaupun sedikit…bermakna kita kena sedikit sabar dalam mendidik Insya Allah sampai masa nanti akan berubah….Maaf ustaz sekali lagi kerana memperkecilkan dakwah ustaz PU amin……sebab kami ni cetek agama….Sentiada doakan kamišŸ˜€berada di jalan yg diredhai saya mohon maaf…. @pencetusummah_amin

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Rata-rata netizen memuji sifat Datin Shahida yang merendah diri. Namun ada beberapa netizen masih ‘panas’ dengan video Dato’ Aliff Syukri mencabar PU Amin itu. Antara komen-komen netizen :

” Saya xde hal kak long. Saya x pnh komen pon dkt ig laki awak. Tapi harini sy betul2 panas bila tgok dia buat acai main dgn ustaz. Saya ni jahil kak. Tpi kalau org lagi tinggi ilmu dri sy tgur sy sy dgr. Sy x melawan kak. Sbb seolah sy ptikaikan kehendak Allah. Sudah la sy pendosa lagi lawan org agama. Saya nak jadi apa? Nak jadi kapir ke? Kalau nak jadi kapir teruskan. Tpi kt dunia ni jgn kita melawan kehendak Allah. Dia hntr org baik utk tegur pttnya kita bsyukur. Masih ada org nak tgur aku. Bukan nya berbalah mmpertikaikannya. Seolah kita melolak takdir yg harini Allah hntrkan org utk nasihatkan aku. Harta dunia awak dh dapat awak guna lah awak pakai lah. Tiada siapa yg nk mempertikaikan. Tapi jgn pnh nak pertikaikan kehendak Allah. Apa yg terjadi semua atas izin Allah. Semoga berjaya dunia dan akhirat.. “

” Sbar kak.. allah tu ada.. sedih tgk akak kena mcm ni.. byk2 kn brsabar ya kak.. sy doakn smoga akak dan family akak dipermudahkn sgala urusan dunia akhirat.. jgn sedih ya kak.. senyum tau.. “

” Isteri cerdik yang solehah..semoga syurga furdausi menjadi tempat buatmu bersama yang tersayang… “

” Jangan putus doa datin… saya bersimpati kepada Datin dan anak2.. melihatkan kesungguhan datin dan anak2 mendalami ilmu agama membuatkan saya tersentap jua.. sbb saya pun kena turut sama mendalami ilmu agama.. saya bersimpati kerana saya jua seorang isteri jadi saya tahu tiada seorang isteri pun yang suka suami kita dikecam .. tapi percayalah dengan asbab doa mampu mengubah segalanya… “

” Saya setuju saya sgt megikuti perkembangan puan @shahidadherbs dari sendayu tinggi lagi. dari start masuk solehah kawin dan sehingga skg. semua manusia akan diuji xkan terlepas dari ujian Allah x kira kaya miskin. sama2 tegur dgn cara yg baik dan terima teguran dgn baik. islam x ajar kita berbalah islam ajar kita tegur dgn terima teguran dgn hikmah. moga kita semua diberi hidayah.. “

” Bergini la… bnyakan bersabar.. Allah lebih mengetahuinya.. siapa la kita.. hanya hambanya.. kita tak boleh nk puaskan hati semua orang.. biar segalanya ditentukan Allah swt.. teruskan berdoa yg baik-baik.. nnti baik juga yg dapat.. “

Apa-apa pun buang yang keruh dan ambil yang jernih. Semoga hubungan Dato’ Aliff dan Datin Shahida dengan PU Amin kembali pulih. Hormati teguran ahli agama. Jadikan sebagai panduan dan pengajaran. Semoga apa yang terjadi ada hikmahnya.

Sumber : IG Datin Nur Shahida by Berita Kopak