” Ni lagi sorang ! Duit aku bila nak bayar ? Pastu bila mintak duit block call. Kalau hensem takpe la jugak. Dayus detected.. “

” Ni lagi sorang ! Duit aku bila nak bayar ? Pastu bila mintak duit block call. Kalau hensem takpe la jugak. Dayus detected.. ” – Fathia Latiff muatnaik gambar Aiman Hakim Ridza pula !!

Sejak akhir-akhir ini pelakon Nur Fathia binti Abdul Latiff atau lebih mesra dengan panggilan Fathia, sering terjebak dengan kontroversi. Sebelum ini Fathia memuatnaik gambar penyanyi yang sedang meningkat naik, Ismail Izzani yang seakan-akan berpelukan dengan sahabat baiknya Zarina Anjoulie.

Gambar itu tersebar secara meluas dan menjadi viral di media sosial. Ramai orang yang memperkatakan mengenainya sehingga menyebab ibu kepada Ismail Izzani, Datin Suliza Salam turut terkesan dengan kontroversi yang melanda anaknya itu.

Yang terbaru, menerusi akaun instagram juga, Fathia memuatnaik gambar pelakon muda Aiman Hakim Redza. Menurut Fathia, Aiman ada berhutang dengannya dan masih belum dijelaskan lagi.

Tambah Fathia lagu, apabila beliau ingin meminta kembali duitnya, Aiman akan ‘block’ panggilan telefon yang dibuat.

Aiman dan Fathia pernah menjalinkan hubungan cinta tetapi perhubungan mereka telah berakhir 3 tahun lepas. Aiman sebelum ini memaklumkan beliau masih berkawan dengan Fathia tetapi sekadar teman biasa sahaja.

Sebelum ini Fathia juga pernah berlakon bersama Aiman dalam beberapa buah drama tempatan. Salah satunya adalah drama Diandra yang melonjakkan nama kedua-dua pelakon ini.

Apa yang kelakarnya, Fathia tersalah ‘tag’ nama Aiman Hakim Redza. Kesalahan ini menjadikan bahan sindiran netizen di ruangan komen di instagramnya.

Posting Fathia ini meninggalkan tanda tanya mengenaik cerita sebenar yang berlaku antara Fathia dan Aiman. Jom baca perkongsian Fathia di bawah :

” Ni lagi sorang! Duit aku bila nak bayar ? Pastu bila mintak duit block call.. “

” Kalau hensem takpe la jugak. Dayus detected #rempitModeOn @aimanhakimredza.. “

Walau bagaimana pun Fathia telah menutup ruangan komen pada ‘posting’ di atas. Namun begitu, netizen masih meninggalkan komen di ‘posting’ yang lain. Bijak betul netizen ini !! Antara komen-komen netizen :

” Awat tutup comment kat gambor salah tag tu ?? “

” Eh tdi kau salah komen dekat pic aiman.. “

” Cepat jee dia tutup bahagian comment. Malu kot. Epic failed. Hahaha.. “

” Kenapa tutup komen ? Suda takde job ke Fatiya Latif mata lebam.. “

” Sory nk bgtao kak tiya salah tag org kat gmba aiman tu. Huhu.. “

” Fathia saje nk ckp. Awk salah mention org dkat latest post (aimanhakimredza) awk.. “

Apa-apa pun, semoga masalah antara Fathia dan Aiman dapat diselesaikan dengan baik. Sekiranya betul Aiman berhutang dengan Fathia, sila jelaskan hutang anda. Kepada Fathia, memviralkan isu sebegini mungkin lagi akan mengeruhkan keadaan.

Apa pendapat anda ? Silakan SHARE..

Sumber : IG Nur Fathia Latiff by Berita Kopak

Update terbaru : Fathia telah memadam posting di atas di akaun instagramnya