Lelaki New Zealand Ini Terharu Dengan Sambutan Keluarganya Yang Begitu Bersemangat Di Lapangan Terbang…

Lelaki New Zealand Ini Terharu Dengan Sambutan Keluarganya Yang Begitu Bersemangat Di Lapangan Terbang…

Tarian haka dari New Zealand adalah sejenis tarian perang Māori kuno yang secara tradisional dilangsungkan di medan perang, juga dilakukan ketika berbagai kelompok berkumpul dalam damai. Haka adalah pertunjukan bersemangat yang menampilkan kebanggaan, kekuatan, dan kesatuan suatu suku.

Gerakannya mencakupi hentakan kaki keras, jeliran lidah, dan tepukan tubuh berirama untuk mengiringi nyanyian keras. Syair tarian haka seringkali menggambarkan leluhur dan peristiwa dalam sejarah suku tersebut secara puitis.

Kita dapat melihat Tarian haka ketika pasukan rugbi Negara New Zealand akan melakukan perlawanan. Para pemain akan melakukan tarian ini dengan begitu bersemangat.

Sebuah video yang viral di media sosial menunjukkan sebuah keluarga New Zealand menyambut anak mereka di lapangan terbang dengan tarian Haka ini. Lelaki yang bernama Alex Aiono ini disambut oleh keluarganya yang terdiri dari bapa dan adik beradik lelakinya dengan nyanyian dan tarian Hakka sambil diperhatikan oleh ibunya.

Alex Aiono yang baru tiba, melihat keluarganya bersedia dengan persembahan tarian Hakka

Lihat keluarganya yang begitu bersemangat membuat persembahan sambil disaksikan oleh si ibu

Alex Aiono pun ikut sekali melakukan persembahan ini, dia juga melakukan dengan penuh semangat

Selesai membuat persembahan, keluarga mereka berpelukan satu sama lain dengan begitu emosi

Sebuah sambutan yang sangat menarik dan penuh emosi ditunjukkan oleh keluarga ini. Mereka kelihatan begitu intim dan rapat, lihat sahaja bagaimana mereka berpelukan selepas selesai tarian dan nyanyian.

Sebuah Sambutan yang Begitu Bersemangat!

Tonton VIDEO Penuh Di sambut dengan Tarian Hakka Di Bawah

Apa Pendapat anda?

Jika Anda Merasakan artkel ini Menarik, Silakan SHARE Ya! Terima Kasih!

Sumber Video : Facebook Umusic NZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *