Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke 5. Tak Sangka Ada Nama-Nama Besar Juga !!

Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke 5. Tak Sangka Ada Nama-Nama Besar Juga !!

BARISAN peserta yang bakal menghangatkan musim terbaru GV. – Foto Nur Adibah Ahmad Izam

SERI KEMBANGAN: Musim terbaru program realiti popular, Gegar Vaganza (GV) menampilkan sedikit kelainan apabila buat kali pertama mengetengahkan penyanyi berkumpulan sebagai peserta.

Musim kelima program yang akan memulakan persaingan di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor pada 30 September ini menampilkan kumpulan Elite, Forteen dan duo, Billy Zulkarnain sebagai antara peserta yang bakal memberikan cabaran.

Program itu turut membariskan nama besar lain seperti Ratu Dangdut, Amelina dan Zamani serta penyanyi yang memiliki vokal hebat iaitu Dia Fadila, Noryn Aziz dan Safura Yaacob.

Turut menyertai barisan peserta adalah Hetty Sarlene, Farahwahida , Shafie Rio dan Maya Matahari. Pengumuman barisan peserta GV5 disempurnakan pada sidang media yang berlangsung di Hotel Palace Of The Golden Horses, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, maestro muzik, Datuk Ramli MS masih kekal di kerusi juri tetap, ditemani semula Datuk Khadijah Ibrahim. GV5 masih mengekalkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara.

Diperkenalkan pada 2014, GV mempertaruhkan 12 penyanyi profesional dan berpengalaman bersaing merebut gelaran juara. Musim pertama program itu menyaksikan Ayai muncul sebagai juara, diikuti Siti Nordiana (musim kedua), Azharina (musim ketiga) dan Aishah (musim keempat).

Korang sokong siapa ?

Silakan SHARE..

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *